Utusan Borneo (Sabah)

AS Roma layak ke Liga Juara-Juara

Susulan kekalahan Inter Milan di San Siro

-

ROM, Itali: Inter Milan tewas 1-2 kepada Sassuolo di San Siro, sekali gus mengesahka­n AS Roma akan beraksi dalam Liga Juara-Juara pada musim hadapan.

Matteo Politano dan Domenico Berardi menjaringk­an gol untuk Sassuolo, yang turut berterima kasih di atas ketangkasa­n penjaga golnya, Andrea Consigli yang menyelamat­kan beberapa cubaan bahaya pemain Inter.

Kekalahan bermakna Roma, yang berada di tangga ketiga liga dan dibimbing bekas jurulatih Sassuolo, Eusebio Di Francesco – dijamin kedudukan di empat tangga teratas Serie A Itali dan akan kembali beraksi dalam Liga Juara-Juara musim hadapan selepas tewas di separuh akhir kepada Liverpool musim ini.

Roma menentang Juventus pada perlawanan lewat dengan Juventus memerlukan hanya satu mata untuk mengesahka­n kejuaraan liga buat kali ketujuh berturut-turut.

Inter berada dua mata di belakang pasukan di tangga keempat, Lazio, yang boleh mengesahka­n tempat mereka ke Liga Juara-Juara jika menewaskan kelab tercorot, Crotone pada perlawanan lewat.

Jika tidak, Lazio dan Inter akan bersaing pada perlawanan terakhir di Stadio Olimpico untuk memburu slot terakhir kelayakan.

Jurulatih Inter, Luciano Spalleti, menyelar prestasi “tidak teratur dan mengeliruk­an” pasukannya walaupun menguasai permainan.

“Iabukankes­alahanseor­ang pemain, selepas ketinggala­n, kami mempunyai banyak masa untuk cuba bangkit dan menewaskan mereka,” kata Spalletti.

“Selepas gol kedua mereka, pasukan ini hilang keseimbang­an dan cuba tetapi gagal untuk bangkit semula.

“Keputusan ini adalah kerana kesilapan kami sendiri. Sassuolo mungkin berasa selesa selepas mengesahka­n tempat dalam Serie A musim hadapan.

“Ada ketika kami terlalu terburu-buru dan hilang fokus walaupun mempunyai banyak masa. Andrea Consigli beraksi tangkas menyelamat dua atau tiga peluang.”

Sassuolo mengesahka­n kedudukan mereka dalam Serie A untuk musim hadapan pada minggu lepas.

Dan jurulatihn­ya, Beppe Lachini berkata pasukannya bermain sebaik mungkin selepas mendengar Inter mahu menjaringk­an enam gol ke atas kami untuk menyamai perbezaan gol dengan Lazio.

“Sudah tentu ia membangkit­kan semangat kami,” kata Lachini. “Ada tanggapan kurang hormat ke atas kami. Siapa sahaja yang menulisnya pasti berasa malu sekarang.”

Di Naples, Cheick Diabate menjaringk­an gol kemenangan lewat ketika Benevento memberikan sedikit kegembiraa­n kepada penyokongn­ya dengan menewaskan Genoa 1-0 pada perlawanan terakhir mereka di tempat sendiri dalam Serie A selepas disahkan tersingkir dari liga sebelum ini. -AFP

 ??  ?? PEMAIN Sassuolo, Francesco Magnanelli mengeluark­an bola menghalang pemain Inter Milan melakukan tendangan ke pintu gol.
PEMAIN Sassuolo, Francesco Magnanelli mengeluark­an bola menghalang pemain Inter Milan melakukan tendangan ke pintu gol.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia