Utusan Borneo (Sabah)

China Guangdong julang Trofi TYT Sabah

Perlumbaan Perahu Naga Antarabang­sa FCAS Sabah Ke-15

-

KOTA KINABALU: China Guangdong menjulang Trofi Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah semasa Perlumbaan Perahu Naga Antarabang­sa FCAS Sabah Ke-15, 2018 di Teluk Likas pada Ahad.

Dayungan mantap atletatlet negara gergasi dunia itu mengharung­i perlumbaan 800 meter (m) kategori lelaki antarabang­sa dan terbaik Malaysia, mencatat masa 3 minit, 55.10 saat (3:55.10s) untuk menewaskan juara bertahan Sayang Lawas.

Sayang Lawas yang menjuarai acara kemuncak itu tahun lalu hanya mampu berpuas hati muncul naib johan dengan catatan masa 3:57.91s diikuti Brunei Dragon Boat Team A ditempat ketiga dengan catatan masa 3:58.71s.

Selain gelaran itu, China Guangdong juga merangkul tiga lagi kejuaraan lain termasuk menjuarai perlumbaan 800m kategori campuran antarabang­sa dan Malaysia dengan catatan 4:00.31s untuk menjulang Trofi Naga FCAS Sabah.

China Guangdong menerusi kelebihan tipis mengatasi naib johan Lela Cheteria Brunei Darussalam yang mencatat 4:0061s, sambil Brunei Dragon Boat Team A dengan catatan 4:04.09s menduduki tempat ketiga.

China Guandong juga menjuarai perlumbaan 200m antarabang­sa dan Malaysia terbuka lelaki dengan catatan masa 0:51.67s, mengatasi naib johan Landas Sarawak A yang mencatat 0:56.99s sambil Sayang Lawas B yang mencatat 0:58.80s menduduki tempat ketiga.

Gelaran keempat China Guandong dimenangi menerusi perlumbaan 200m berpasukan campuran antarabang­sa dan Malaysia selepas mencatat 0:56.67s untuk kejayaan selesa menewaskan Lela Cheteria Brunei Darussalam Team B yang mencatat 1:02.47s untuk menduduki tempat kedua sambil Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Dragon mencatat 1:02.80s untuk menduduki tempat ketiga.

Dalam perlumbaan 800m kategorile­laki Malaysiame­rebut Trofi Ketua Menteri Sabah, Landas Sarawak mencatat 4:00.90s untuk muncul selaku juara menewaskan naib johan Lawas Dragon Boat yang mencatat 4:01.19s, sambil Kampung Nelayan 2 dengan catatan 4:02.09s menduduki tempat ketiga.

Perlumbaan 800m campuran untuk ahli-ahli USCCAKK sahaja menyaksika­n Persatuan Nam Ann muncul selaku juara dengan catatan masa 4:06.27s untuk menjulang Trofi FCAS, menewaskan naib johan Persatuan Hakka Kota Kinabalu yang mencatat 4:22.40s, sambil Persatuan Sze Yi dengan catatan masa 4:22.72s menduduki tempat ketiga.

Dalam perlumbaan 800m untuk pasukan lelaki Cina Malaysia sahaja, Kota Kinabalu Chinese Chamber Commerce & Industry (KKCCCI) muncul selaku juara dengan catatan masa 4:03.35s untuk menjulang Trofi FCAS.

KKCCCI menewaskan naib johan Kuching Dragon Boat Club (KDBC) dari Sarawak yang mencatat 4:08.98s, sambil Sandakan Fishing Tongkang Associatio­n (SFTA) menduduki tempat ketiga dengan catatan masa 4:19.35s.

Kekecewaan KDBC ditebus oleh pasukan negeri jiran itu menerusi perlumbaan 800m berpasukan campuran Cina Malaysia sahaja selepas mencatat 4:04:22s untuk menjulang Trofi FCAS.

KDBC membalas dendam dengan mengalahka­n naib johan KKCCCI yang sekadar berpuas hati ditempat kedua dengan catatan masa 4:05.90s, sambil The Federation of Chinese Associatio­n (FCA) Tawau dengan catatan masa 4:15.09s menduduki tempat ketiga.

Perlumbaan 800m untuk pasukan jemputan penguatkua­sa tempatan lelaki dijuarai oleh Majlis Daerah Tuaran (MDT) dengan catatan masa 4:02.27s untuk menjulang Trofi Datuk Bandar Kota Kinabalu.

MDT menundukka­n naib johan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Dragonz yang mencatat 4:04.30s sambil MBPP Dragon menduduki tempat ketiga dengan catatan masa 4:07.92s.

Perlumbaan terakhir untuk kategori remaja tempatan 20 tahun ke bawah dijuarai oleh Sibling’s Performanc­e Team dengan catatan masa 3:57.10s untuk menjulang Trofi Naga Kinabalu.

Real Entulones Junior muncul selaku naib johan dengan catatan masa 3:57.21s, sambil Remaja Rukut-Rukut Lok Bo-Eh Tuaran menduduki tempat ketiga dengan catatan masa 4:02.14s.

Majlis penyampaia­n hadiah perlumbaan itu telah disempurna­kan oleh TYT Tun Juhar bin Datuk Mahiruddin dengan disaksikan oleh Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr.) Hajah Norlidah binti Tan Sri Datuk R.M. Jasni, ketua menteri Sabah yang baharu Datuk Seri Shafie Apdal, Pesuruhjay­a Polis Sabah; Datuk Ramli Din, Yang Di-Pertua Persekutua­n Persatuan Cina Sabah (FCAS) Tan Sri T.C. Goh serta Ketua Pengarah DBKK Datuk Joannes Solidau.

Selain gelaran itu, China Guangdong juga merangkul tiga lagi kejuaraan lain termasuk menjuarai perlumbaan 800m kategori campuran antarabang­sa dan Malaysia dengan catatan 4:00.31s untuk menjulang Trofi Naga FCAS Sabah.

 ??  ?? TOH Puan Norlidah (dari kanan), Tun Juhar, Shafie dan T.C Goh semasa menyaksika­n Perlumbaan Perahu Naga Antarabang­sa FCAS Sabah Ke-15, 2018 di Teluk Likas pada Ahad.
TOH Puan Norlidah (dari kanan), Tun Juhar, Shafie dan T.C Goh semasa menyaksika­n Perlumbaan Perahu Naga Antarabang­sa FCAS Sabah Ke-15, 2018 di Teluk Likas pada Ahad.
 ??  ?? PASUKAN China Guangdong merai kejayaan bersama Tun Juhar (lapan dari kiri), Shafie, Joannes, TC Goh dan Ramli selepas menerima Trofi Tuan Yang Terutama.
PASUKAN China Guangdong merai kejayaan bersama Tun Juhar (lapan dari kiri), Shafie, Joannes, TC Goh dan Ramli selepas menerima Trofi Tuan Yang Terutama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia