Utusan Borneo (Sabah)

‘Jangan menangis untuk saya,’ pesan Alves kepada peminatnya

-

SAO PAULO, Brazil: Sehari selepas beliau disahkan tidak akan beraksi di Piala Dunia 2018 kerana kecederaan lutut, bintang kelab Paris Saint Germain (PSG) dari Brazil, Dani Alves, mengeluark­an pesanan penuh inspirasi kepada peminatnya: ‘Jangan menangis untuk saya, saya akan kembali.’

Alves mengalami kecederaan pada akhir perlawanan akhir Piala Perancis ketika PSG menewaskan Les Herbiers dan doktor berkata beliau mungkin memerlukan rehat sehingga enam bulan kerana kecederaan serius di bahagian lutut kanan.

Tetapi Alves, yang memenangi tiga kejuaraan Liga Juara-Juara, satu kejohanan Copa Amerika dan kejuaraan liga di Sepanyol, Itali dan Perancis, tidak begitu terkilan dengan nasib malangnya.

“Saya tidak mahu sesiapa menangis kerana saya. Saya tidak mahu sesiapa bersimpati dengan saya. Saya sudah mencapai impian saya,” kata beliau.

Bekas pemain Barcelona dan Juventus itu berkata beliau percaya Brazil boleh memenangi Piala Dunia buat kali keenam di Rusia.

Pemain pertahanan kanan berusia 35 tahun itu turut memberi amaran agar tidak menolak peluang beliau untuk beraksi di Piala Dunia Qatar pad 2022. “Saya tidak menganggap diri saya pemain veteran. Seperti yang anda lihat, semangat saya seperti pemain 13 tahun. Siapa tahu mungkin saya akan beraksi di Piala Dunia 2022, saya masih bersaing untuk memburu tempat. Badan saya mungkin berusia 39 tahun tetapi semangat saya baharu berusia 17 tahun.” Brazil memulakan kempen Piala Dunia pada 17 Jun menentang Switzerlan­d sebelum menentang Costa Rica dan Serbia. Dalam perkembang­an lain, doktor kebangsaan Brazil, Rodrigo L asma r memberitah­u wartawan Sabtu lepas di mana Neymar seharusnya kembali pada masa perlawanan persahabat­an pertama dari dua perlawanan persediaan Brazil ke Piala Dunia pada 3 Jun.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia