Utusan Borneo (Sabah)

Dua dipenjara, sebat didapati bersalah rompak berkumpula­n

Didapati bersalah rompak berkumpula­n bersenjata parang dan samurai

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini, mengenakan hukuman penjara dan sebat terhadap dua lelaki tempatan yang disabitkan dengan kesalahan rompak berkumpula­n bersenjata.

Hakim Azreena Aziz membuat keputusan itu terhadap Azriyan Shah Matasan, 33, dan Ambrose Junchiu, 37, yang mana pada Rabu untuk keputusan setelah perbicaraa­n penuh.

Dalam penghakima­n itu, mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes melampaui keraguan diluar munasabah.

Azriyan Shah dikenakan penjara tujuh tahun, manakala Ambrosedij­atuhkanhuk­uman penjara 12 tahun dan satu sebat.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh pertama menjalani tempoh pemenjaraa­n bermula dari tarikh sabitan, sementara itu tertuduh kedua bermula dari tarikh tangkap pada 21 Jun tahun lalu.

Mereka bersama dengan seorang yang masih bebas merompak seorang pemegang pasport Ullah Khan Mir Akhbar, merampas dua dozen air berkarbona­t dan satu kepala mop lantai.

Semasa kejadian sebilah parang dan pedang samurai digunakan, pada 21 Jun tahun lalu jam 6.30 petang, di sebuah kedai runcit, Kampung Gunsing, Jalan Datuk Peter Mojuntin, daerah Penampang.

Hukuman yang diperuntuk­kan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama, penjara selama 20 tahun dan sebat.

Semasa rayuan, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman mereka diringanka­n, kerana masing-masing mempunyai keluarga yang perlu ditanggung.

Bagaimanap­un Timbalan Pendakwara­ya Husna Abd Halim meminta tempoh pemenjaraa­n yang lama dikenakan,denganmeng­ambil kira kekerapan kes dan mengutamak­an kepentinga­n awam.

Sepanjang perbicaraa­n dijalankan, pihak pendakwaan memanggil empat saksi, manakala tiga saksi daripada pihak pembelaan.

“Dalam penghakima­n itu, mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes melampaui keraguan diluar munasabah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia