Utusan Borneo (Sabah)

Shafie enggan ulas kenyataan remeh Jeffrey

- Oleh YAP SIONG HAN

PUTATAN: Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal enggan mengulas kenyataan berhubung dakwaan Sabah bakal berhadapan kebanjiran pendatang yang memiliki permit kerja dan dokumen IMM13 akan diberikan MyKad oleh Kerajaan Parti Warisan (Warisan).

Katanya, kenyataan remeh yang dilontarka­n itu hanyalah berbaurkan isu perkauman bagi menjatuhka­n kerajaan baharu selain dengan niat ingin merosakkan reputasi kepimpinan beliau.

“Saya tidak akan balas dakwaan itu... tiada apa yang perlu dibalas, adakah kamu terfikir bahawa dakwaan itu hanya bersifat perkauman?

“Banyak lagi isu yang penting perlu saya lakukan untuk mentadbir negeri ini dengan menolong fakir miskin dan membangunk­an negeri ini daripada melayan kenyataan remeh itu,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan pelancaran Majlis Ru’yah Hilal Rasmi Ramadan di Balai Cerap Al-Biruni Tanjung Dumpil, di sini, petang Selasa.

Sebelum ini, Presiden Solidariti Tanah Airku (Star) Datuk Jeffrey Kitingan mengeluark­an kenyataan bahawa kemenangan Warisan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah berita baik buat pendatang haram di Sabah.

Jeffrey mendakwa bahawa pentabiran Warisan mampu memudahkan lagi laluan kemasukan pendatang haram untuk mendapat permit kerja serta pengenalan diri (MyKad).

Sementara itu, dalam majlis berkenaan, Shafie menyifatka­n Majlis Ru’yah Hilal Rasmi Ramadan mampu menjadi platfrom sebagai jambatan penyatuan umat Islam di negeri ini.

“Ini adalah satu amalan yang dituntut dalam agama Islam supaya kita dapat membimbing umat di jalan yang betul,” katanya.

 ??  ?? SHAFIE (tengah) ketika meninggalk­an majlis itu.
SHAFIE (tengah) ketika meninggalk­an majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia