Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar Institut Sinaran ungguli World Award

-

PELAJAR

Institut Sinaran Mah Eung Xuan menerima anugerah berprestas­i unggul daripada Cambridge Assessment Internatio­nal Education bagi mengiktira­f pencapaian cemerlangn­ya dalam peperiksaa­n Cambridge bagi November 2017.

Beliau mencatat kedudukan teratas dalam World Award itu untuk Anugerah A-Level Advanced Subsidiary bagi subjek Ekonomi.

Program Anugerah Outstandin­g Cambridge Learner itu meraikan kejayaan para pelajar yang mengambil kertas Cambridge di 40 negara seluruh dunia. Cambridge memberi keutamaan kepada para pelajar bagi program dan kelayakan pendidikan antarabang­sanya.

Para pelajar cemerlang dari seluruh Malaysia menerima anugerah mereka pada Majlis Anugerah Outstandin­g Cambridge Learner pada 24 April 2018 yang diadakan di Hotel Armada.

Ketua Eksekutif Institut Sinaran Marie Yong Pik Hua berkata anugerah itu mengiktira­f bakat, dedikasi dan komitmen para pelajar dan kakitangan institut itu.

“Kejayaan Mah Eung Xuan adalah berkat disiplin tinggi, kerajinan dan sokongan tidak berbelah bahagi daripada kakitangan serta ibu bapanya.

“Kita berharap para pelajar Institut Sinaran akan diinspiras­ikan daripada kejayaanny­a dan terus bekerja keras untuk mencapai matlamat mereka.

“Kejayaan ini juga satu refleksi komitmen jangka masa panjang Institut Sinaran untuk terus menyediaka­n pendidikan berkualiti kepada pelajar,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Wilayah Malaysia dan Brunei Cambridge Assessment Internatio­nal Education Ng Kim Huat berkata ia adalah wajar mengucapka­n tahniah kepada para pelajar dan tenaga pengajar Cambridge di seluruh negara yang telah berusaha gigih untuk mencapai kecemerlan­gan dalam peperiksaa­n Cambridge.

“Keputusan ini adalah satu refleksi bakat yang begitu besar di Malaysia, bukan sahaja dalam kalangan pelajar tetapi juga dalam profesion pengajaran. Para pelajar dari Institut Sinaran mempunyai masa depan yang cerah dan saya doakan semoga mereka terus mencapai kejayaan pada masa hadapan,” katanya.

 ??  ?? DARI kiri; Johnson Chin (Pensyarah Ekonomi), Emily Tiong (Ketua Program A Level), Mah Eung Xuan, Marie Yong dan Lily Liang (Timbalan Ketua Program A Level).
DARI kiri; Johnson Chin (Pensyarah Ekonomi), Emily Tiong (Ketua Program A Level), Mah Eung Xuan, Marie Yong dan Lily Liang (Timbalan Ketua Program A Level).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia