Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat perlu fahami pelaksanaa­n ekonomi digital

-

KUCHING: Kerajaan akan merumuskan strategi terbaik bagi membolehka­n rakyat memahami dengan lebih baik pelaksanaa­n ekonomi digital di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata ia penting supaya tidak ada satu pun rakyat di negeri ini terkecuali daripada mendapat manfaat daripada pelaksanaa­n dasar ekonomi baharu itu.

“Banyak perkara yang masih perlu kita (kerajaan negeri) lakukan apabila bercakap mengenai ekonomi digital.

“Oleh itu saya serta rakan sekerja akan merumus strategi terbaik agar semua rakyat dapat memahami apa itu ekonomi digital dan mengguna pakai teknologi untuk meningkatk­an pendapatan ekonomi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Persidanga­n Ekonomi Digital Antarabang­sa Sarawak (IDECS) 2018 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini pada Selasa.

Abang Johari berkata adalah menjadi harapan kerajaan, golongan petani di luar bandar menguasai penggunaan teknologi untuk pengeluara­n makanan dan pembayaran mudah alih menerusi aplikasi SarawakPay.

“Inilah yang sedang kita usahakan. Saya persaya kerajaan negeri akan meneroka pelbagai strategi bagi memastikan jurang kemajuan fizikal dan ekonomi antara penduduk luar bandar dan bandar dapat dirapatkan.

“Salah satu faktor utama sudah tentu pendidikan selain latihan serta bakat harus diberikan kepada rakyat Sarawak khasnya golongan muda,” katanya.

Abang Johari berkata menjadi hasrat kerajaan negeri menjadikan Sarawak kuasa ekonomi utama di Malaysia menjelang 2030 dan yakin ia dapat dicapai berdasarka­n tiga faktor.

Pertama katanya, Sarawak mempunyai banyak sumber asli yang dapat menjana pendapatan kepada negeri disokong bakat dalam kalangan rakyatnya serta berada dalam kedudukan strategik dalam dunia ekonomi baharu.

“Kira-kira 60 peratus populasi Sarawak berusia 50 tahun dan ke bawah, mereka ini amat berbakat serta kreatif untuk membangunk­an sumber-sumber asli yang kita ada,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia