Utusan Borneo (Sabah)

Hari istimewa buat guru

16 Mei tarikh mengingati, iktiraf jasa guru

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Setiap tahun, tarikh 16 Mei menjadi detik istimewa bagi setiap insan yang bergelar guru.

Itulah tarikh Hari Guru, antara sambutan paling bermakna bagi setiap pendidik di seluruh negara.

Tanpa mengira sama ada guru tadika, sekolah rendah atau menengah, pensyarah universiti atau kolej swasta, jasa dan pengorbana­n para guru lebih diingati pada Hari Guru.

Seiring dengan peredaran waktu, tugas dan peranan guru juga semakin berubah dan lebih mencabar.

Inilah yang perlu dihadapi para guru masa kini dalam memantapka­n lagi kerjaya sebagai pendidik.

Bagi Azlida Abdul Rahman, kemajuan pendidikan semakin jauh berbeza dan guru menjadi pemangkin dalam membina generasi masa hadapan.

Cikgu di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Shan Tao Kota Kinabalu ini berpendapa­t, guru perlu menguasai teknologi maklumat (IT) dan penyampaia­nnya dari kemahiran lain.

Selain itu katanya, masalah disiplin dalam kalangan murid hendaklah menjadi keutamaan dalam pembinaan akhlak mulia.

“Guru perlu mengambil berat masa depan diri dan keluarga, ini jangan diabaikan. Sebagai guru bahasa, saya akan mengembang­kan bahasa melalui penulisan.

“Ini kerana, pelajar melihat kita dari banyak aspek dan mereka boleh meneladani­nya jika mahu,” jelasnya kepada Utusan Borneo di sini pada Rabu.

Sementara itu, bagi penjawat awam Sofiana Waslin, menjadi seorang pendidik amat payah kerana merekalah insan-insan yang terpilih.

Menurutnya, banyak perkara yang perlu ada dalam diri setiap pendidik antaranya kesabaran yang tinggi, bekerja tanpa mengira waktu dan menjadi ibu bapa kepada beratus-ratus pelajar.

“Itulah sebabnya guru-guru wajib dihormati kerana semua manusia yang berjaya bermula dari seorang guru, tanpa guru siapalah kita,” katanya.

Guru Sekolah Agama Negeri (SAN) Kampung Kabidang Abdul Hannan Saidin berkata, ilmu yang diajarkan seorang guru akan menjadi pahala jariah.

Katanya, guru yang mengajar dengan ikhlas serta menyampaik­an ilmu bermanfaat mampu menjadi amal jariah kelak.

“Apabila ilmu yang diajar seorang guru itu kemudianny­a anak didik pula meneruskan ajaran ilmu berkenaan, manfaat ilmu itu akan diperoleh secara berterusan,” jelasnya.

Bagi Jovita John, jasa guru dalam mencurahka­n ilmu kepada anak bangsa adalah satu kemuliaan bagi pendidik.

Menurutnya, guru juga memikul tanggungja­wab sebagai ibu bapa kedua dalam mendidik dan mencorak generasi anak bangsa.

“Pengorbana­n dan jasa guru perlu dikenang kerana mereka mendidik tanpa mengenal erti penat dan lelah,” katanya.

 ??  ?? AZLIDA
AZLIDA
 ??  ?? ABDUL HANNAN
ABDUL HANNAN
 ??  ?? SOFIANA
SOFIANA
 ??  ?? JOVITA
JOVITA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia