Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa, guru dan masyarakat perlu seiring

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Hari Guru disambut setiap tahun pada pada 16 Mei. Ini kerana pada 16 Mei 1956 Majlis UndangUnda­ng Persekutua­n Tanah Melayu (Federal Legislativ­e Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankua­sa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dengan adanya dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) ianya telah diangkat menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan.

Semenjak itu, perkembang­an dasar telah memberi sinar pada pembinaan bangsa dan negara seterusnya pengikhtir­afan peranan guru menjadi amat penting untuk mencapai matlamat kemajuan melalui pendidikan.

Seorang guru, Rahman Kaharuddin, 33, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Lahad Dati 2 berkata, masyarakat terutama ibu bapa mempunyai perananmas­ing-masingdala­m menterjema­hkan sokongan dan peranan mereka untuk menghargai sumbangan guru.

Aspek pembentuka­n akhlak, menurutnya, adalah perkara utama dalam menjayakan­prosespeng­ajaran dan pembelajar­an.

“Lebih utama lagi, terjemahan sokongan dari segi bukan sekadar melepaskan tanggungja­wab sepenuhnya kepada guru tetapi perlu bersama-sama guru dalam proses membentuk akhlak anak-anak mereka,” katanya.

Kata Rahman lagi, masyarakat perlu membantu guru dalam apa juga aktiviti yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajar­an sama ada di dalam mahupun di luar kelas kerana kerjasama erat yang terjalinak­an memudahkan lagi keberhasil­an modal insan di kalangan pewaris bangsa dan negara.

Seorang ibu, Norhafizah Salwati Abdul Rahim, 32, berpendapa­t sambutan Hari Guru yang disambut anakanakny­a di sekolah memberi makna yang besar kepadanya sekeluarga.

Menurutnya, ia umpama hari menghargai guru kepada anak-anaknya yang menuntut ilmu demi perubahan masa depannya.

Katanya, penghargaa­n sempena Hari Guru sebenarnya diterjemah­kan keluargany­a lewat doa-doa pada setiap kali mengerjaka­n solat.

Ianya diturut dizahirkan melalui ucapan terima kasih anak-anaknya di sekolah.

“Saya sentiasa berdoa agar guru-guru anak saya diberi kesihatan, kesenangan, keberkatan dan sentiasa dipermudah­kan kerja-kerja mereka untuk melaksanak­an tugas mendidik anak-anak saya.

“Saya selalu berpesan kepada anak-anak saya untuk mematuhi arahan guru mereka, selalu menghormat­i mereka kerana kejayaan menuntut ilmu datangnya dari kesungguha­n murid-murid yang mahu berubah menjadi lebih baik,” katanya.

Norhafizah menyedari tugasan hariannya sentiasa menghadkan­nya untuk mendamping­i anakanakny­a sepanjang masa namun dia sedaya upaya memenuhi masa berhargany­a demi memastikan proses pembelajar­an berlangsun­g dengan baik dan teratur.

“Selain keperluan persekolah­an, saya setiasa memantau perkembang­an pembelajar­an dan aktiviti anak-anak saya dengan pelbagai pendekatan dan cara.

“Saya sedar, cabaran pendidikan sekarang begitu mencabar dan dengan keprihatin­an saya dan suami, kami akan bergilirgi­lir menjadi pemantau pada perkembang­an mereka di sekolah dan juga di rumah,” katanya.

Menggalas tanggungja­wab sebagai Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru di SK Telisai, Tungku, Basrin Ismail mengakui peranan yang dipikulnya begitu besar namun demi kemajuan anakanak bangsa dia sentiasa berjuang mengatasi pelbagai rintangan.

Menurut Basrin, rintangan paling besar yang pernah dilaluinya dan masih digalasnya adalah memastikan tenaga pengajar dan pelajar bebas dari trauma insiden penceroboh­an Tanduo oleh militan Sulu yang berlaku pada 2013 lalu.

Katanya, selama lima tahun melaluinya dia sebagai “agen penggerak pemulihan” memerah tenaga dan kudrat yang ada untuk terus kuat melalui fasa pemulihan itu.

“Cabaran inilah yang paling berat dan berkat usaha yang tanpa mengenal penat, saya dan jawatankua­sa berusaha mengatasin­ya bukan sahaja di kalangan ibu bapa dan anak-anak malah juga untuk kebaikan dan kelangsung­an hidup tenaga pengajar,” katanya.

Menurutnya lagi, semangat kerjasama dan keprihatin­an PIBG yang dipimpinny­a dapat menterjema­hkan hasrat penduduk kampung yang mahu mengangkat martabat dan taraf guru dalam masyarakat kerana jasa dan bakti guru telah merubah nasib dan masa depan bangsa.

 ??  ?? RAHMAN
RAHMAN
 ??  ?? NORAFIZAH
NORAFIZAH
 ??  ?? BASRIN
BASRIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia