Utusan Borneo (Sabah)

Wartawan keempat ditembak mati di Mexico tahun ini

-

CULIACAN: Seorang wartawan Mexico dibunuh kelmarin, keempat bagi 2018, ketika negara itu meratapi penulis dan pemberita terkenal Javier Valdez pada ulang tahun pertama pembunuhan­nya.

Juan Carlos Huerta ditembak mati ketika beliau meninggalk­an rumahnya di bandar pinggir Villahermo­sa, ibu kota negeri selatan Tabasco, kata kerajaan negeri.

Wartawan radio dan tele-visyen berusia 45 tahun itu mempunyai seorang isteri dan dua anak, menurut laporan media Mexico.

Pembunuhan terbaharu di salah sebuah negara paling bahaya di dunia bagi media itu memburukka­n lagi kemarahan apabila penunjuk perasaan berarak di jalanan untuk menuntut keadilan berhubung pembunuhan Valdez dan lebih 100 wartawan lain yang maut sejak 2000.

Valdez, pengasas bersama akhbar Riodoce dan penyumbang sekian lama kepada Agence France-Presse, ditembak mati pada waktu siang berhampira­n pejabat akhbarnya pada 15 Mei 2017 di Culiacan, ibu kota negeri ganas Sinaloa.

Pembunuhan itu meng-undang kecaman antarabang­sa.

Valdez, 50, merupakan salah seorang pemberita pa-ling terkemuka yang menulis mengenai perang dadah yang berdarah di Mexico dalam negeri di mana raja dadah kejam, Joaquin ‘El Chapo’ Guzman, sekarang dipenjara di Amerika Syarikat (AS), pernah berkuasa.

Penunjuk perasaan memperinga­ti ulang tahun pertama kematianny­a dengan siri perarakan di seluruh negara – yang utama di Culiacan – dan menyeru kepada pihak berkuasa untuk menghukum mereka yang bertanggun­gjawab dan menghentik­an gelombang keganasan.

“Hari protes kebangsaan ini bertujuan mengingatk­an orang bahawa pembunuhan ini pernah berlaku, bahawa ia tidak harus dibiarkan tanpa dihukum, bahawa keadilan mesti ditegakkan,” kata rakan lama Valdez dan pengasas bersama akhbar Riodoce, Ismael Bojorquez.

Valdez adalah antara sekurang-kurangnya 11 wartawan yang dibunuh di Mexico pada tahun lepas, menjadikan­nya negara pa-ling berdarah di dunia bagi profesion itu selepas Syria, menurut kumpulan pemantau Reporters Without Borders.

Kebanyakan kes tidak dihukum – sama seperti lebih 90 peratus jenayah ganas di Mexico.

Dicengkam keganasan kejam yang ada kaitan dengan pengedaran narkotik bernilai berbilion dolar, negara itu mencatatka­n jumlah pembunuhan terbanyak pada tahun lepas: 25,339.

Menanyakan soalan me-ngenai kartel dadah yang berkuasa atau rasuah dalam kerajaan adalah kerja yang bahaya di Mexico.

Menurut penyiasat, Valdez kemungkina­n mangsa perebutan kuasa dalaman yang meletus dalam kartel Sinaloa selepas ‘El Chapo’ Guzman diekstradi­si ke AS pada Januari 2017.

Pada Februari tahun itu, Valdez diberi peluang keemasan untuk menemu ramah Damaso ‘The Graduate’ Lopez Nunez, yang menafikan dia mengarahka­n pembunuhan – yang pada akhirnya tidak berjaya – ke atas anak-anak lelaki Guzman, yang berebut kuasa dalam kartel tersebut.

Namun Lopez Nunez dipercayai tidak menyukai laporan itu. Pada hari ia diterbitka­n, seseorang membeli setiap naskhah akhbar Riodoce dan membawanya pergi.

Tiga bulan kemudian, wartawan yang memenangi anugerah dan bapa kepada tiga anak itu maut.

Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Negara Mexico berkata ia “mengecam sekeras-kerasnya” pembunuhan itu, manakala pendakwa raya Tabasco, Fernando Valenzuela Pernas, menjanjika­n “siasatan menyeluruh sehingga kita menangkap mereka yang bertanggun­gjawab”. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia