Utusan Borneo (Sabah)

Polis berkas tujuh peserta ‘Volvo Ocean Race’ cetus huru-hara di restoran Newport

-

LOS ANGELES: Penganjur ‘Volvo Ocean Race’ memohon maaf kelmarin selepas tujuh orang yang ada kaitan dengan perlumbaan layar antara-bangsa itu ditangkap ekoran satu insiden di sebuah restoran di Newport, Pulau Rhode.

“Pada Selasa, selepas satu insiden di pusat Newport, tujuh orang yang ada kaitan dengan ‘Volvo Ocean Race’ ditahan oleh polis tempatan. Semua dibebaskan setelah mengaku melakukan kesalahan kecil dengan kelakuan yang huruhara,” akhbar Newport Patch melaporkan selepas menerima kenyataan daripada pegawai perlumbaan.

“Bagi pihak ‘Volvo Ocean Race’, kami memohon maaf kepada komuniti Newport bagi sebarang gangguan yang berlaku dan kami meng-ucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa di atas bantuan mereka.”

Akhbar The Providence Journal berkata ketujuhtuj­uh suspek ditahan ekoran satu insiden awal pagi kelmarin di luar restoran dan bar Clarke Cooke House di pusat bandar.

Menurut Journal, polis Newport berkata mereka dipanggil ke restoran tersebut kerana penggera api berbunyi sejurus selepas jam 1 pagi. Mereka menjumpai kira-kira 100 orang di tempat kejadian. Beberapa orang melawan arahan untuk keluar dari ba-ngunan berkenaan.

Polis menangkap seorang lelaki berusia 55 tahun selepas dia didakwa melawan perintah polis dan menolak salah seorang anggota. Apabila beberapa rakannya datang untuk membantuny­a, mereka juga ditangkap.

The Journal berkata Andrew J. Cape, dari Lymington, England dan Stefan Coppers, 36, dari Amsterdam, Belanda, ditangkap kerana menyerang seorang anggota polis tetapi tuduhan itu digugurkan kemudian.

Dakwaan telah “difailkan”, yang bermakna ia akan hilang jika tiada insiden selanjutny­a berlaku dalam masa 12 bulan akan datang. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia