Utusan Borneo (Sabah)

Empat serang ibu pejabat polis di Riau ditembak mati

-

PEKANBARU: Empat lelaki ditembak mati ketika mereka melancarka­n serangan ke atas sebuah ibu pejabat polis yang mengorbank­an seorang anggota polis dan mencederak­an dua yang lain, kata pihak berkuasa Indonesia semalam, beberapa hari selepas gelombang serangan bom nekad yang membawa maut di bahagian lain di negara itu.

Kumpulan terbabit merempuh pagar balai berkenaan dengan van mini di Riau, Pulau Sumatra, dan kemudian menyerang anggota polis de-ngan pedang samurai, menurut polis negara.

“Empat telah ditembak mati dan seorang lari,” kata jurucakap, Setyo Wasisto.

Suspek kelima ditangkap kemudian, ujarnya.

Rakaman televisyen me-nunjukkan apa yang dilaporkan sebagai mayat empat suspek di atas tanah.

Polis tempatan pada mulanya berkata mereka telah membunuh tiga orang dan mencederak­an seorang lagi.

Media berkata seorang penyerang mungkin telah mengikat bom pada badannya tetapi polis tidak segera mengesahka­n laporan itu.

Belum ada kumpulan yang mengaku bertanggun­gjawab setakat ini.

Serangan berlaku ketika negara Asia Tenggara itu digegarkan oleh siri serangan berdarah ke atas gereja dan sebuah balai polis, yang melibatkan beberapa serangan bom nekad yang dilancarka­n oleh keluarga, termasuk kanak-kanak.

Iatidakjel­assamaadai­nsiden semalam ada kaitan dengan serangan terlebih dahulu di Surabaya, bandar raya kedua terbesar di Indonesia, yang telah diakui dilancarka­n oleh kumpulan Daesh atau Negara Islam (IS).

Seorangwar­tawantempa­tan di tempat kejadian mengalami kecederaan ringan dalam serangan itu, kata polis. Media berada di balai berkenaan untuk membuat liputan mengenai satu sidang akhbar tentang rampasan dadah ketika serangan berlaku.

Polis kerap menjadi sasaran serangan yang umumnya bertahap rendah oleh anggota militan tempatan, termasuk satu serangan nekad pada 2017 di sebuah stesen bas di Jakarta yang mengorbank­an tiga anggota polis.

Indonesia – yang dijadual menganjurk­an Sukan Asia dalam masa hanya tiga bulan lagi dan mesyuarat IMF-Bank Dunia di Bali pada Oktober – sudah lama bergelut dengan militan Islamis, termasuk serangan bom di Bali pada 2002 yang mengorbank­an lebih 200 orang – kebanyakan­nya pelancong asing – dalam serangan pengganas terburuk dalam sejarah negara itu.

Keganasan berdarah pada minggu ini meletakkan tekanan ke atas penggubal undangunda­ng untuk meluluskan undang-undang kese-lamatan yang tertangguh bagi memberi lebih banyak kuasa kepada polis untuk meng-ambil tindakan awal ke atas orang yang disyaki merancang serangan ganas.

Pasukan antikegana­san elit Indonesia, Densus 88, telah bertindak dengan siri serbuan di mana beberapa suspek militan ditembak mati – termasuk ahli kedua tertinggi dalam cabang tempatan rangkaian pelampau Jamaah Ansharut Daulah (JAD), yang dipercayai bertanggun­gjawab bagi serangan itu.

Keluarga yang mengebom gereja – dengan si bapa yang disebut sebagai seorang ketua tempatan JAD – dan dua ke-luarga lain yang dikaitkan de-ngan serangan pada minggu ini mengenali satu sama lain dan merupakan anggota kumpulan pengajian al-Quran yang sama, kata polis. — AFP

 ??  ?? ANGGOTA polis berkawal di luar ibu pejabat polis di Pekan baru, Riau selepas satu serangan semalam. — Gambar AFP
ANGGOTA polis berkawal di luar ibu pejabat polis di Pekan baru, Riau selepas satu serangan semalam. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia