Utusan Borneo (Sabah)

Pas Sabah ucap tahniah kepada Pakatan Harapan

-

KOTA KINABALU: Badan Perhubunga­n Pas Negeri Sabah mengucapka­n tahniah kepada Pakatan Harapan kerana telah berjaya membentuk kerajaan.

Ketua Penerangan Pas Sabah Abdul Hisham Othman (gambar) berkata, Pas Sabah juga mengucapka­n tahniah juga kepada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.

“Saya amat berharap kerajaan Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri yang baharu akan dikurniaka­n hidayah oleh Allah SWT dalam memimpin rakyat Sabah yang merdeka ini.

“Semoga beliau akan mempraktik­kan keadilan kepada semua pihak termasuk pembangkan­g yang menjadi sebahagian daripada rakyat yang dijamin hak masing-masing oleh perlembaga­an selaras dengan ikrar Parti Warisan Sabah (Warisan) sebelum PRU14,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau merasa sedikit dukacita dengan sikap segelintir ahli politik yang tidak berpendiri­an, melompat apabila parti yang mereka wakili gagal membentuk kerajaan.

Namun, Hisham merakamkan tahniah kepada wakil rakyat Pas sama ada di negeri yang menjadi kerajaan atau kekal sebagai pembangkan­g.

“Jutaan tahniah kepada Adun Pas di Pulau Pinang, Johor dan Selangor yang istiqamah walau masing-masing terpaksa menjadi wakil tunggal di dalam negeri berkenaan,” katanya.

Bagi pihak dan seluruh ahli Pas, beliau menggesa agar segala titik bengik dan karenah pilihan raya dapat dikesampin­gkan dan kerajaan beserta seluruh rakyat menggemble­ng usaha ke arah menjadikan Sabah sebagai sebuah negeri yang aman, makmur dengan rakyat yang bersatu serta hebat di persada dunia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia