Utusan Borneo (Sabah)

Trofi Piala FA akan tebus ‘musim sukar’ Cahill

-

LONDON, England: Gary Cahill menegaskan Piala FA masih penting ketika pemain pertahanan Chelsea itu mahu menyelamat­kan musim paling sukar beliau dengan mengetuai pasukannya memenangi kejuaraan di Wembley menentang Manchester United.

Cahill mengharung­i musim sukar selepas hilang keyakinan dari pengurus kelab, Antonio Conte dan juga pengurus kebangsaan England, Gareth Southgate.

Dan seperti ia tidak cukup teruk, pemain berusia 32 tahun itu ‘sangat sedih’ apabila Ryan Mason terpaksa bersara sebagai pemain pada bulan Februari selepas kedua-dua pemain berlanggar kepala semasa satu perlawanan.

Mason, pemain tengah Hull City, mengalami keretakan teruk di bahagian kepala selepas berlanggar dengan kepala Cahill pada Januari 2017.

Menambah lagi kekecewaan, Chelsea bergelut mencari rentak selepas memenangi kejuaraan pada musim lepas.

Tetapi walaupun dengan semua kekecewaan itu, Cahill mempunyai satu peluang terakhir untuk menamatkan musim dengan lebih menggembir­akan pada final Piala FA menentang United di Wembley.

“Ia adalah musim yang sukar. Insiden Ryan (Mason) adalah sesuatu yang tidak pernah saya harungi sebelum ini,” kata beliau.

“Sememangny­a ia sangat sukar untuk diterima. Musim ini bagi saya adalah turun naik.”

Memenangi Piala FA dilihat oleh sesetengah pihak sebagai gantian kecil untuk kejuaraan Liga Perdana dan Liga Juara-Juara, dengan pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino paling lantang menegaskan bahawa pertanding­an piala tidak begitu penting baginya berbanding Liga Perdana dan Liga Juara-Juara.

Tetapi Cahill tidak bersetuju dan beliau berasa yakin menjulang trofi di Wembley boleh menyamai kejayaan Spurs menamatkan liga di empat tangga teratas.

“Anda tidak dapat memberitah­u saya Piala FA tidak penting. Anda bercakap kepada orang yang salah,” kata beliau.

“Ia seperti selepas kejuaraan liga bagi saya. Saya membesar melihat Piala FA. Ia sangat penting pada musim ini. Kami kurang menyerlah musim ini tetapi kami mempunyai satu peluang untuk memenangi kejuaraan pada perlawanan terakhir musim ini.

“Jika mereka layak ke Liga Juara-Juara untuk tujuh atau lapan tahun, tetapi tidak memenangi sebarang trofi, mahukan anda bertukar untuk apa yang telah kami lakukan?

“Saya sudah tentu tidak mahu tetapi ia pandangan peribadi saya.”

Musim Chelsea dicemari dengan perbalahan terbuka Conte dengan pengurusan kelab kerana kegagalan mereka menyokong perancanga­n pembelian pemain dan juga laporan ramai pemain berasa letih dengan corak latihan keterlalua­n beliau.

Cahill tidak menafikan semua perkara luar padang boleh mengganggu tumpuan.

“Ia adalah musim yang pelik. Ada banyak spekulasi kedengaran. Ada banyak perkara berbeza kedengaran. Ada juga turun dan naik. Kami tahu kami kekurangan dalam liga musim ini. Apa yang berlaku telah berlaku. Kami boleh memenangi piala dan menamatkan musim dengan lebih ceria. Ia satu pertanding­an yang hebat.”

Sejak tiba dari Bolton pada 2012, Cahill memenangi

enam kejuaraan di Chelsea dan berkata Chelsea boleh menggembir­akan kembali penyokong kelab dengan menewaskan United.

Cahill adalah kapten Chelsea apabila tewas kepada Arsenal di final musim lepas dan beliau menjangkak­an pasukannya melakukan perubahan.

“Musim lepas kami ke final dengan memikirkan kami boleh melakukan apa yang kami lakukan sepanjang musim,” kata beliau.

“Kali ini ia satu perasaan yang berbeza. Ia adalah seperti kami mahu menyelamat­kan musim.” — AFP

 ??  ?? CAHILL
CAHILL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia