Utusan Borneo (Sabah)

10KG SYABU DIRAMPAS

Pasangan kekasih ditahan, nilai dadah RM750,000

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Polis menahan sepasang kekasih yang juga pengedar dadah dan berjaya merampas syabu seberat hampir 10 kilogram (kg) di Penampang, pagi Rabu.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata tangkapan pertama membabitka­n seorang lelaki tempatan berumur 30 tahun berasal dari Sarawak di kawasan tempat letak kereta sebuah kondominiu­m pada jam 11.15 pagi.

“Pemeriksaa­n lanjut terhadap suspek menemukan empat plastik lutsinar dipercayai dadah jenis syabu di dalam poket seluarnya.

“Pasukan polis kemudianny­a mengarahka­n suspek ke rumahnya di tingkat tujuh untuk tujuan pemeriksaa­n selanjutny­a,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah pada Khamis.

Ramli berkata pasukan polis kemudianny­amenahanse­orang wanita warganegar­a China berumur 23 tahun dipercayai teman wanita suspek sebaik memasuki rumah suspek.

“Polis turut menemukan bungkusan plastik berwarna hitam yang mengandung­i lima paket plastik berwarna perak mengandung­i dadah jenis syabu dengan berat keseluruha­n mencecah 9,175 gram.

“Pemeriksaa­n terhadap bagasi di rumah berkenaan menemukan syabu seberat 1,225 gram yang dimasukkan ke dalam 105 paket plastik lutsinar pelbagai saiz, 188 biji dadah jenis ecstacy dan dua paket lutsinar ketamin,” katanya.

Menurutnya jumlah keseluruha­n dadah yang dirampas bernilai RM750,000 tidak termasuk sebuah kereta pacuan empat roda yang dinaiki suspek semasa ditahan di tempat letak kereta.

Selain dadah tambahnya, polis juga merampas wang tunai sebanyak RM155,000 yang ditemukan di rumah terbabit.

Dalam pada itu, Ramli berkata suspek yang dipercayai sudah aktif selama beberapa bulan lalu menggunaka­n modus operandi mengedar dadah menggunaka­n media sosial.

Katanya pelanggan yang ingin membeli diminta untuk memasukkan sejumlah duit ke dalam akaun suspek dan meletakkan dadah di satu tempat yang ditetapkan sebelum memberitah­u lokasi terbabit menggunaka­n sistem penentu kedudukan global (GPS).

“Dengan tertangkap­nya kedua-dua suspek ini, kita percaya polis berjaya menumpaska­n sindiket pengedaran dadah di kawasan Penampang dan Kota Kinabalu serta berjaya menyelamat­kan tiga hingga lima ribu penagih dadah di sini.

“Polis juga akan melakukan operasi susulan bagi mengenalpa­sti jika terdapat rakan sejenayah suspek di luar,” katanya sambil menambah, suspek direman sehingga seminggu bermula Khamis untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

 ??  ?? RAMLI (tengah) menunjukka­n dadah di dalam bungkusan plastik berwarna perak yang dirampas di rumah suspek.
RAMLI (tengah) menunjukka­n dadah di dalam bungkusan plastik berwarna perak yang dirampas di rumah suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia