Utusan Borneo (Sabah)

Dua lelaki didakwa menyeludup migran haram

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini memerintah­kan kes terhadap dua lelaki dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi, atas pertuduhan di bawah Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Anti Penyeludup­an Migran (Atipsom) 2007.

Hakim Azreena Aziz membuat keputusan itu terhadap Kassim Ampulok, 26, dan Raisaltan Ajis, 42, yang didakwa mengikut Seksyen 26 J Atipsom 2007.

Kes berkenaan akan disebut di hadapan Penolong Kanan Pendaftar pada hari ini (Jumaat).

Raisaltan didakwa mengangkat lima migran haram, antaranya wanita dan bayi di dalam bot pam, pada 6 April jam 11 malam di kawasan pesisiran pantai Kampung Terongkong­an, Kudat.

Sementara, Kassim didakwa menyeludup lima lelaki migran haram menggunaka­n sebuah kenderaan pada hari dan di tempat yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan penjara selama lima tahun atau denda maksimum RM250,000, atau keduaduany­a sekali.

Bagaimanap­un, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Terdahulu, Timbalan Pendakwara­ya Khairuddin Idris tidak menawarkan jaminan diberikan kepada Raisaltan dan Kassim, di samping memohon kes terbabit dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi.

Mahkamah memerintah­kan kedua-dua tertuduh terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Peguam Datuk Maijol Mahap mewakili Kassim, manakala Raisaltan yang tidak memiliki dokumen tidak diwakili peguam.

 ??  ?? KASSIM (kanan) dan Raisaltan (kiri), keluar dari kamar mahkamah.
KASSIM (kanan) dan Raisaltan (kiri), keluar dari kamar mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia