Utusan Borneo (Sabah)

Polis rampas beg tangan, hadiah, pakaian dari kediaman Najib

Tiada sebarang dokumen diambil dalam serbuan Rabu malam

-

KUALA LUMPUR:Beberapa barangan peribadi seperti beg tangan, pakaian serta hadiah dirampas dari kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini awal Khamis.

Peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal ketika ditemui sejurus keluar dari rumah itu pada kira-kira 4.20 pagi Khamis berkata, bagaimanap­un tiada sebarang dokumen diambil.

Beliau berkata pihaknya percaya barangan itu diambil bagi tujuan siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

“Kami percaya (pencarian) dibuat mengikut akta pengubahan wang,” katanya, sambil menambah Najib dan anggota keluarga beliau memberi kerjasama sepanjang proses pencarian dilaksanak­an dan tiada tangkapan dibuat.

Setakat 8 pagi Khamis, anggota polis masih berada di lokasi.

Lebih 10 kenderaan polis termasuk trak tiba di kediaman Najib pada kira-kira 10.15 malam Rabu selepas beliau pulang daripada menunaikan solat tarawih di Masjid Kampung Baru.

Harpal berkata sebuah lagi kediaman peribadi Najib iaitu apartmen mewah di Jalan Raja Chulan turut menjadi lokasi

“Saya percaya barangan itu diambil bagi tujuan siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001. Kami percaya (pencarian) dibuat ” mengikut akta pengubahan wang. DATUK HARPAL SINGH GREWAL Peguam Najib

carian polis.

Polis dilihat membawa keluar beberapa barangan dan kotak yang tidak diketahui kandungann­ya dalam operasi yang berakhir sekitar 3 pagi.

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor disenaraih­itam oleh Jabatan Imigresen daripada meninggalk­an negara ini.

Selasa lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau menjangka pertuduhan akan dikenakan terhadap Najib susulan penyiasata­n terhadap dakwaan bahawa bekas perdana menteri itu menyelewen­g beratus juta dolar Amerika daripada dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Pakatan Harapan yang dipengerus­ikan Dr Mahathir menumbangk­an kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib pada pilihan raya umum 9 Mei lepas.

 ??  ?? SUASANA di persimpang­an masuk ke rumah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dipenuhi orang ramai hingga menyebabka­n kesesakan lalulintas.
SUASANA di persimpang­an masuk ke rumah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dipenuhi orang ramai hingga menyebabka­n kesesakan lalulintas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia