Utusan Borneo (Sabah)

Sukan tahunan Tadika Q-dees Labuan meriah

-

LABUAN: Tadika Qdees Labuan (Tadika Minda Labuan) telah megadakan hari sukan tahunan bertempat di pusat JS Sport, Labuan pada minggu lepas.

Hari sukan menjadi meriah dengan adanya sokongan dari para ibubapa.

Acara dimulai dengan perarakkan rumah sukan yang terdiri daripada rumah Merah, Kuning dan Biru.

Adik Christian Marc Junior, Muhd Izz Aryan dan Qathreen Hawani sebagai pewakil membaca ikrar dengan tiga jenis bahasa yang berlainan.

Madam Louis Soon selaku Pengetua bagi Tadika Q- dees Labuan berbesar hati dan mengucapka­n terima kasih kepada para ibubapa yang turut datang bagi memeriahka­n hari sukan itu.

Beliau berkata, semua peserta adalah pemenang bagi hari sukan tersebut.

Murid-murid Tadika Qdees mempersemb­ahkan tarian senam aerobik dan tarian pom-pom yang menarik sebelum aktiviti sukan tahunan dijalankan.

Acara-acara sukan yang dilangsung­kan termasuk lumba lari, lompat dalam guni, tarik tali dan sebagainya.

Semua ibu-bapa masing-masing memberi semangat kepada anakanak mereka.

Pihak tadika turut merancang untuk membuat satu kejutan bagi para ibu sempena Hari Ibu.

Sambutan dimeriahka­n dengan nyanyian lagu Hari Ibu oleh murid-murid dan pengagihan bunga.

Terdapat ramai para ibu yang terharu dengan kejutan itu.

 ??  ?? PELAJAR melompat dengan girang dalam acara melompat dalam guni.
PELAJAR melompat dengan girang dalam acara melompat dalam guni.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N senam aerobik oleh pelajar Q-dees.
PERSEMBAHA­N senam aerobik oleh pelajar Q-dees.
 ??  ?? SEMUA guru bersiap sedia sebelum acara di mulai.
SEMUA guru bersiap sedia sebelum acara di mulai.
 ??  ?? ACARA ibu sempana Hari Ibu.
ACARA ibu sempana Hari Ibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia