Utusan Borneo (Sabah)

Kediaman Najib terus jadi tumpuan media tempatan, antarabang­sa

Tiada sebarang perkembang­an berhubung siasatan terkini polis

-

KUALA LUMPUR: Kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta, di sini terus menjadi tumpuan anggota Umno negeri sejak awal pagi Sabtu.

Antara yang hadir Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin bersama Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim, Melaka Datuk Ghazale Muhamad dan bekas anggota exco Melaka Datuk Latiff Tamby Chik.

Mas Ermieyati yang juga bekas Timbalan Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan tiba bersama yang lain pada 12.30 tengah hari dengan kenderaan mereka diletakkan berhampira­n jalan masuk ke kediaman yang dikawal polis.

Selang beberapa minit, kelihatan Ketua Umno Bahagian Bukit Katil Tan Sri Mohd Ali Rustam menuju ke kediaman itu.

Mohd Ali berkata kehadiran mereka adalah bagi menyatakan sokongan terhadap bekas presiden parti itu.

Tinjauan Bernama di lokasi mendapati kediaman Najib terus menjadi tumpuan kira-kira 30 pengamal media tempatan dan antarabang­sa yang mula berkampung di sini sejak 6 pagi tadi.

Bagaimanap­un setakat 1.40 tengah pada Sabtu, tiada sebarang perkembang­an berhubung siasatan terkini polis.

Awal pagi pada Jumaat, polis merampas 72 beg berisi barangan kemas, pelbagai jenis matawang dan barangan berharga di sebuah kondominiu­m mewah di Jalan Raja Chulan di sini yang dipercayai berkaitan bekas perdana menteri itu dalam siasatan kes 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata selain itu, sebanyak 284 kotak yang mengandung­i beg tangan pelbagai jenama mewah turut dirampas dari tiga unit kondominiu­m di kawasan sama.

Najib dan Rosmah telah disenaraih­itam oleh Jabatan Imigresen daripada meninggalk­an negara ini.

Selasa lepas, Dr Mahathir berkata beliau menjangka pertuduhan akan dikenakan terhadap Najib susulan penyiasata­n dakwaan bahawa bekas perdana menteri itu menyelewen­g beratus juta dolar Amerika daripada dana 1MDB.

 ??  ?? KETUA Pergerakan Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin hadir untuk melawat kediaman peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta Taman Duta pada Sabtu.
KETUA Pergerakan Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin hadir untuk melawat kediaman peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta Taman Duta pada Sabtu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia