Utusan Borneo (Sabah)

Pelantikan KK, JKKK, Kapitan Cina dibuat semula secara undi

Pelantikan KK, JKKK, Kapitan Cina dibuat semula secara undi

-

TENOM: Pelantikan Ketua Kampung, Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan Kapitan Cina (Tionghua) akan dibuat pemilihan semula berdasarka­n undian secara terbuka, kata Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Sabah Datuk Peter Anthony.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melalap berkata, ini kerana pemilihan di bawah kerajaan lama kebanyakan­nya dibuat secara melantik golongan atau kroni mereka.

“Di bawah kerajaan baharu dibentuk ini adalah bersifat terbuka dan inklusif, kerana rakyat di peringkat kampung juga berhak untuk memilih siapa akan menjadi ketua mereka.

“Oleh itu, kita memberi mandat dan kepercayaa­n kepada masyarakat kampung untuk memilih ketua yang mereka inginkan sebagai Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK.

“Begitu juga untuk pemilihan Kapitan Cina (Tionghua), kita juga akan memberi kuasa kepada masyarakat Tionghua di Tenom ini untuk memilih kapitankap­itan mereka,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tenom, di Dewan Datuk Seri Panglima Antanom, di sini pada Sabtu.

Tambahnya lagi, pemilihan terbuka tersebut akan dijalankan secara jujur dan iklas.

“Kita akan melantik agensi pelaksana ataupun pemantau yang akan memantau proses

“Di bawah kerajaan baharu dibentuk ini adalah bersifat terbuka dan inklusif, kerana rakyat di peringkat kampung juga berhak untuk memilih siapa akan menjadi ketua mereka.

DATUK PETER ANTHONY

Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Sabah

undian tersebut agar dapat berjalan dengan lancar, baik dan tulus.

“Kerajaan baharu ini juga bersifat keterbukaa­n kepada mana-mana ahli yang ingin bertanding dalam merebut jawatan tersebut tidak mengira parti politik mereka, asalkan mereka mendapat undian dan kepercayaa­n daripada orang kampung atau ahli mereka untuk menjadi pemimpin mereka di peringkat kampung atau kawasan mereka,” katanya.

Katanya, pelaksanaa­n pemilihan secara terbuka ini kemungkina­n diguna pakai di seluruh daerah di negeri ini.

Sementara itu, berkenaan program itu beliau menyeru kepada masyarakat di negeri ini untuk bersatu padu,

mengkukuhk­an perpaduan dan keharmonia­n untuk terus memberi tumpuan dalam memelihara budaya suku kaumKadaza­n DusunMurut (KDM) dan pembanguna­n sosioekono­mi masyarakat KDM di negeri ini dengan mengetepik­an perbezaan fahaman politik.

Sempena Sambutan Pesta Kamaatan tersebut, pelbagai pengisian telah dijalankan termasukla­h pertanding­an Unduk Ngadau, pertanding­an Sugandoi, persembaha­n tarian suku kaum Murut, persembaha­n nyanyian dan cabutan tiket bertuah.

Hadir sama dalam majlis itu, Ahli Parlimen Tenom Noorita Sual, Adun Kemabong Jamawi Jaafar, Adun Liawan Rasinin Koutis dan Pegawai Daerah Tenom Madiyem Layapan.

 ??  ?? PETER (tiga dari kanan), Noorita (tiga dari kiri), Jamawi (dua dari kiri) dan Madiyem (dua dari kanan) mengetam padi dalam gimik perasmian Sambutan Pesta Kamaatan itu.
PETER (tiga dari kanan), Noorita (tiga dari kiri), Jamawi (dua dari kiri) dan Madiyem (dua dari kanan) mengetam padi dalam gimik perasmian Sambutan Pesta Kamaatan itu.
 ??  ?? PETER memalu gong sebanyak tiga kali dalam gimik perasmian Sambutan Pesta Kamaatan itu.
PETER memalu gong sebanyak tiga kali dalam gimik perasmian Sambutan Pesta Kamaatan itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia