Utusan Borneo (Sabah)

Portfolio Exco Perak dijangka umum selewatnya

Rabu ini

-

IPOH: Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu dijangka mengumumka­n portfolio 10 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) selewatlew­atnya Rabu ini.

Menurut Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim, seorang daripada Exco berkenaan, barisan Exco juga dijadualka­n bermesyuar­at buat pertama kali pada Rabu ini.

“… tetapi saya tidak pasti portfolio akan diumumkan pada Rabu atau lebih awal daripada itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat hal ehwal pentadbira­n dan taklimat umum mengenai jawatan Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, pada Isnin.

Kesemua 10 Exco yang dilantik dan telah mengangkat sumpah jawatan pada Sabtu lepas, hadir mesyuarat tersebut yang dipengerus­ikan oleh Pegawai Kewangan Negeri yang menjalanka­n kerja-kerja Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Ghazali Jalal.

Sementara itu, seorang lagi Exco A. Sivanesan Sivanesan ketika ditemui berkata beliau akan menyelesai­kan masalah rakyat yang tertangguh akibat perubahan kerajaan pada 2009.

“Saya antara Exco yang dilantik semula dari kerajaan 2008 dahulu, masih banyak kerja yang belum selesai pada 2008 dahulu antaranya isu berkaitan tanah iaitu hak milik kekal kampung baru dan kampung tersusun.

“Kita telah meluluskan pemberian hak milik kekal untuk kedua-dua pihak ini tetapi tidak diteruskan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) selepas tumbang pada Februari 2009, jadi kita nak pastikan kali ini pengundi-pengundi di kampung baru dan kampung tersusun akan diberi hak milik kekal,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lepas, Pakatan Harapan (PH) memenangi 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) namun berjaya membentuk kerajaan negeri selepas mendapat majoriti mudah 31 kerusi apabila dua wakil rakyat BN tampil menyatakan sokongan kepada PH.

 ??  ?? ANGGOTA Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Rapat Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mengetip kad perakam waktu ketika tiba untuk memulakan tugas di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri pada Isnin....
ANGGOTA Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Rapat Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mengetip kad perakam waktu ketika tiba untuk memulakan tugas di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri pada Isnin....
 ??  ?? HASNUL Zulkarnain Abdul Munaim mengetip kad perakam waktu ketika tiba untuk memulakan tugas di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri pada Isnin. -Gambar Bernama
HASNUL Zulkarnain Abdul Munaim mengetip kad perakam waktu ketika tiba untuk memulakan tugas di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri pada Isnin. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia