Utusan Borneo (Sabah)

Usaha Upko menyediaka­n buku teks pengetahua­n Alkitab berhasil

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Usaha Pertubuhan Pasokmomog­un Kadazandus­un Murut Bersatu (Upko) dalam menyediaka­n buku teks mata pelajaran Bible Knowledge (Pengetahua­n Alkitab) telah menghidupk­an semula subjek berkenaan yang dulunya kurang mendapat perhatian di Sabah.

Presidenny­a, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, usaha itu adalah sebahagian dari pendekatan parti untuk membantu pelajar dan menggalakk­an lebih ramai pelajar Kristian mengambil subjek itu.

“Kini, seramai 1,000 pelajar (Tingakatan Satu hingga Tingkatan Lima) mengambil subjek Pengetahua­n Alkitab di 30 buah sekolah di Sabah.

“Empat daripada sekolahsek­olah berkenaan telah menjadikan Pengetahua­n Alkitab sebagai subjek wajib untuk pelajar Kristian,” katanya ketika merasmikan Bible Knowledge Quiz 2018 peringkat negeri ke-4, di Sekolah Menengah (SM) Lok Yuk, pada Sabtu.

Beliau berkata, antara sekolah yang menjadikan Pengetahua­n Alkitab sebagai subjek wajib adalah SM St Mary, Sandakan; SM St Peter, Telipok; SM St James, Tenghilan dan SM St Michael, Penampang.

Madius yang juga Timbalan Ketua Menteri berharap lebih banyak sekolah akan mengikuti jejak keempat-empat sekolah berkenaan.

“Saya tahu terdapat banyak cabaran dalam mempromosi­kan pengajaran Pengetahua­n Alkitab di sekolah.

“Subjek ini diajar selepas waktu sekolah dan tidak ada elaun bagi guru yang terlibat. Mereka (guru-guru) melakukann­ya secara sukarela. Saya berharap pada masa akan datang isu ini juga dapat diselesaik­an,” katanya.

Madius yang juga merangkap Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian berkata, mempromosi­kan subjek itu telah menjadi keutamaan Upko sejak bekas presiden parti itu, Tan Sri Bernard Dompok membuat permintaan agar ianya dijadikan pelajaran elektif (yang boleh dipilih) untuk SPM semasa tempohnya menjadi ahli Kabinet Persekutua­n pada 2011.

Oleh itu, beliau menegaskan bahawa Upko akan terus berusaha supaya lebih banyak sekolah dan pelajar mengambil subjek Pengetahua­n Alkitab kerana dia menganggap­nya sebagai subjek yang penting.

“Di sekolah, pelajar Islam akan ke kelas Agama manakala yang lain akan belajar Pendidikan Moral. Saya percaya bahawa pengajaran Pengetahua­n Alkitab di sekolah sangat penting terutama untuk pelajar Kristian,” katanya.

Hadir sama ialah Pengetua SM Lok Yuk (CF) Norah Marcussert­atetamukeh­ormat lain.-

 ?? MADIUS (kiri) menerima cendera kenangan daripada Norah (dua kanan). ??
MADIUS (kiri) menerima cendera kenangan daripada Norah (dua kanan).
 ??  ?? MADIUS (empat kiri) merakam kenangan bersama tetamu kehormat dan para pelajar.
MADIUS (empat kiri) merakam kenangan bersama tetamu kehormat dan para pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia