Pesta Kaamatan berjaya perkenal budaya bangsa KDM
RANA U: Masyarakat Kad azan, Dusun dan Murut (KDM) di Sabah telah menikmati sekurang-kurangnya tiga perkara penting dan positif dalam mengamalkan budaya serta adat resam melalui sambutan Perayaan Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai.
Mantan calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Paginatan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Dr Julian Paul Sidin berkata perkara pertama ialah perayaan Pesta Menuai telah berjaya memperkenalkan bangsa dan budaya masyarkat KDM, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.
Katanya, pihak kerajaan telah menetapkan 30 dan 31 Mei setiap tahun sebagai cuti umum khasnya di negeri Sabah supaya seluruh rakyat Malaysia bersamasama merayakan perayaan itu, sekali gus menjadikannya antara pengiktirafan tertinggi kepada bangsa KDM.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Perayaan Pesta Menuai atau Tadau Kaamatan 2018, di Kampung Simpang Poring, di sini.
Menurutnya, walaupun bulan Mei sudah berlalu, namun majlis sambutan perayaan itu terus diadakan khasnya di peringkat kampung yang majoritinya adalah suku kaum Dusun, khususnya di daerah ini.
“Perkara kedua, perayaan itu sebagai tanda bersyukur atas rezeki khususnya hasil tuaian padi yang diberikan oleh Tuhan atau ‘Kinoingan’ dalam kepercayaan lama masyarakat KDM,” katanya.
Selain itu, perkara ketiga ialah perayaan itu juga dapat memupuk perpaduan dan keharmonian kerana Tadau Kaamatan diraikan dengan mengadakan majlis keramaian atau dikenali ‘moginakan’ yang menonjolkan sikap kerjasama dan kesatuan semua lapisan masyarakat.
Julian memuji usaha dan kerjasama para
OLEH SALMAN ABADI
pemimpin masyarakat dan penduduk kampung seluruhnya atas semangat dan kejayaan menganjurkan perayaan itu, sekali gus membantu menjalin perpaduan dan mengukuhkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat.
Beliau berkata, sebagai antara pemimpin masyarakat di kawasan DUN Paginatan, beliau sentiasa berusaha mendampingi dan menyantuni rakyat melalui pelbagai program atau majlis yang diadakan di peringkat kampung, termasuklah sambutan Pesta Kaamatan, Hari Raya Aidilfitri dan sebagainya.
Turut hadir ialah Ketua Kampung Simpang Poring Suamin Boniou, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Haji Kassin Padasian, Ketua Wanita Warisan DUN Paginatan Mailin Kumpal dan Ketua Wirawati Warisan Ranau Tan Kim Liing.