Utusan Borneo (Sabah)

KTS Plantation-UMS meterai MoA

Tambahbaik bidang pengurusan perhutanan

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTAKINABA­LU: KTSPlantat­ion Sdn Bhd dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) perkukuh kerjasama dalam menambahba­ik bidang pengurusan perhutanan.

Jalinan kerjasama kedua-dua pihak dimeterai melalui Memorandum Perjanjian (MoA) melibatkan usaha penyelidik­an saintifik di kawasan Hutan Simpan Segaliud Lokan Beluran.

Majlis menandatan­gani MoA berkenaan melibatkan Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan KTS Datuk Vincent Lau Lee Ming yang mewakili Pengarah Urusan Kumpulan KTS Datuk Henry Lau Lee Kong.

Naib Canselor UMS Prof. Datuk Dr. D. Kamarudin D. Mudin diwakili oleh Timbalan Naib Canselor UMS (Akademik dan Antarabang­sa) Prof. Dr. Rasid Mail.

Vincent dalam ucapannya berkata, jalinan kerjasama KTS Plantation dan UMS adalah lanjutan dari inisiatif melalui Surat Hasrat (LoI) yang ditandatan­gani kedua-kedua pihak pada November 2016.

Menurutnya, usaha itu bukan sahaja sebagai platform terbaik bagi KTS Plantation menunjukka­n khazanah yang terdapat di Hutan Simpan Segaliud Lokan.

Malah katanya, ia juga membantu UMS dalam membuka lebih banyak peluang kerjasama menerusi pelbagai aspekkhusu­snyabidang­penyelidik­an, latihan industri serta tesis untuk projek akhir pelajar.

“Saya difahamkan kerjasama penyelidik­an ini berdasarka­n konsep geran sepadan membabitka­n kos keseluruha­n berjumlah RM211,095.

“Ia merangkumi tiga objektif utama iaitu populasi hidupan liar, pengurusan silvikultu­r hutan dan potensi pelanconga­n alam semulajadi di KTS Plantation.

“Kami percaya usaha penyelidik­an ini amat diperlukan dalam mencapai pengurusan hutan mampan di Hutan Simpan Segaliud Lokan,” katanya di sini pada Selasa.

Beliau berkata, kajian di kawasan berkenaan juga mampu menjadi penunjuk tepat bagi mengukur prestasi KTS Plantation terutamany­a dalam aspek flora dan fauna.

Pihaknya yakin ia adalah satu strategi inovatif untuk melihat potensi bagi impak yang berdaya saing dari kerjasama universiti-industri.

Sementara itu, Kamarudin berkata, tiga kajian bakal dijalankan bagi membantu KTS Plantation dalam menambahba­ik amalan dan pengurusan perhutanan.

Menurutnya, ia termasukla­h kajian tentang kewujudan ‘mineralogi­cal’ dan hubunganny­a dengan populasi hidupan liar serta kajian kesan penambahba­ikan silvikultu­r dalam

‘High Production Corridor’ (HPC) dan variasi ‘Morpho-Phenologic­al’ bagi ‘Shorea Leprosula’.

“Kerjasama ini juga untuk menjalanka­n kelayakan penyelidik­an terhadap potensi pelanconga­n alam semulajadi di Hutan Simpan Segaliud Lokan,” jelasnya.

Turut hadir menyaksika­n MoA itu Timbalan Ketua Konservato­r Hutan Jabatan Perhutanan Negeri Sabah Dr. Robert Ong yang mewakili Pengarah Perhutanan Negeri Sabah Datuk Sam Mannan.

“Saya difahamkan kerjasama penyelidik­an ini berdasarka­n konsep geran sepadan membabitka­n kos keseluruha­n berjumlah RM211,095. Ia merangkumi tiga objektif utama iaitu populasi hidupan liar, pengurusan silvikultu­r hutan dan potensi pelanconga­n alam semulajadi di KTS Plantation. Kami percaya usaha penyelidik­an ini amat diperlukan dalam mencapai pengurusan hutan mampan di Hutan Simpan Segaliud Lokan.

DATUK VINCENT LAU LEE MING Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan KTS

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) RASID (kanan) dan Vincent (dua kanan) berkesempa­tan melawat pameran yang disediakan pada majlis itu.
(Gambar kanan) VINCENT (tiga kanan) saling bertukar dokumen MoA dengan Rasid (dua kiri). Turut menyaksika­n Robert (tiga kiri).
(Gambar atas) RASID (kanan) dan Vincent (dua kanan) berkesempa­tan melawat pameran yang disediakan pada majlis itu. (Gambar kanan) VINCENT (tiga kanan) saling bertukar dokumen MoA dengan Rasid (dua kiri). Turut menyaksika­n Robert (tiga kiri).
 ??  ?? DELEGASI dari KTS Plantation Sdn Bhd merakamkan gambar kenangan bersama tetamu jemputan lain.
DELEGASI dari KTS Plantation Sdn Bhd merakamkan gambar kenangan bersama tetamu jemputan lain.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia