Utusan Borneo (Sabah)

Saya tiada masalah untuk isytihar harta: Mohamad

-

KUALA LUMPUR:Menteri Pertahanan Mohamad Sabu sedia menyahut seruan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengisytih­arkan harta miliknya kepada pihak Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata sebelum ini beliau pernah mengisytih­arkan hartanya kepada sebuah badan penyelidik­an bebas Invoke yang diasaskan oleh bekas Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli.

“Tidak ada masalah, bila-bila masa saya boleh mengisytih­ar harta saya, dulu saya pernah isytihar kepada Invoke,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri Kementeria­n Pertahanan di kementeria­n itu di sini, pada Selasa.

Berhubung penubuhan Jawatankua­sa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah, beliau berkata banyak perkara yang “boleh dan tidak boleh” telah dijelaskan pada taklimat khas oleh Pusat Governans, Integriti dan AntiRasuah Nasional (GIACC) pada Selasa.

Menurutnya semua pemimpin kerajaan termasuk perdana menteri dan timbalan perdana menteri tidak terkecuali untuk isytiharka­n sebarang bentuk hadiah yang diterima jika bernilai lebih RM500 kepada SPRM.

Pada Selasa, perdana menteri berkata kerajaan masih menimbangk­an sebanyak mana maklumat akan didedahkan kepada umum berkaitan dengan aset anggota Parlimen dan keluarga mereka supaya ia tidak menjejaska­n privasi mereka.

Setakat ini, beliau berkata tiada siapa yang telah mengisytih­arkan aset mereka dan tiada tempoh masa diberikan untuk berbuat demikian.

Dr Mahathir berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri taklimat khas GIACC.- Bernama

 ??  ?? MOHAMAD Sabu beramah mesra bersama anggota Angkatan Tentera Malaysia ketika hadir pada Majlis Aidilfitri peringkat Kementeria­n Pertahanan 2018 di Dewan Seroja, pada Selasa. -Gambar Bernama
MOHAMAD Sabu beramah mesra bersama anggota Angkatan Tentera Malaysia ketika hadir pada Majlis Aidilfitri peringkat Kementeria­n Pertahanan 2018 di Dewan Seroja, pada Selasa. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia