Utusan Borneo (Sabah)

Aidilfitri kesempatan terbaik zahir kemesraan, keharmonia­n dan perpaduan

Zahir kemesraan, keharmonia­n dan perpaduan

- Oleh JOHN TAMBANAN

MAJLIS Hari Raya Aidilfitri UMS Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) 2018 disambut secara sederhana tetapi meriah.

Persembaha­n karaoke oleh kakitangan termasuk persembaha­n istimewa Pengarah UMSKAL, Prof Madya Dr Murnizam Haji Halik menyerikan lagi majlis itu yang diadakan di ruang legar bangunan menara berkenaan.

Hampir 300 kakitangan, pensyarah dan pekerja kontraktor yang menghadiri majlis itu bergembira sambil menikmati pelbagai juadah yang disajikan.

Malah, mereka pulang ceria selepas menerima hadiah cabutan nama bertuah yang disediakan pihak penganjur.

Turut hadir Timbalan Pengarah Prof

HARI Raya Aidilfitri merupakan kesempatan terbaik untuk rakyat saling melupakan semua perselisih­an dan persengket­aan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Haji Apdal.

Beliau berkata, ia kerana hari raya merupakan kesempatan terbaik untuk rakyat menzahir kemesraan, keharmonia­n dan perpaduan antara satu sama lain.

“Justeru, rakyat negeri ini perlu terus menjadi nadi dan tunjang perpaduan serta kekuatan negara bagi memastikan semangat perpaduan sentiasa dipelihara dan dipupuk kerana ia adalah nikmat yang tidak ternilai harganya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ketua Menteri bersama Warga Pendidikan Negeri Sabah dan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), bertempat di perkaranga­n Wisma Pendidikan Negeri Sabah, Likas pada Selasa.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pelajaran dan Inovai Datuk Dr Yusof Yacob.

Shafie menyeru agar warga pendidikan memanfaatk­an kesempatan berharga ini untuk saling menghulur tangan, bermaaf-maafan dan beramah mesra.

“Semoga semangat perpaduan dan muhibah ini akan terus terjalin erat demi kesejahter­aan kita dan generasi akan datang,” katanya.

Shafie mengucapka­n syabas dan tahniah kepada JPNS atas penganjura­n rumah terbuka kerana usaha ini menunjukka­n komitmen warga pendidikan bersama kerajaan dalam usaha mengukuhka­n perpaduan.

Di majlis itu, JPNS turut menyampaik­an sumbangan kepada pelajar SMK Likas, pelajar yatim/miskin dan SAR terpilih.

Sumbangan berkenaan disampaika­n oleh Yusof. Turut hadir Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Hajah Maimunah Suhaibul dan Naib Camselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof. Datuk Dr D. Kamarudin D. Mudin.

“Justeru, rakyat negeri ini perlu terus menjadi nadi dan tunjang perpaduan serta kekuatan negara bagi memastikan semangat perpaduan sentiasa dipelihara dan dipupuk kerana ia adalah nikmat yang tidak ternilai harganya.

DATUK SERI PANGLIMA MOHD. SHAFIE HAJI APDAL

Ketua Menteri

 ??  ?? SEBAHAGIAN keluarga yang hadir merakam gambar kenangan. PERSEMBAHA­N nyanyian daripada Orang Pangka Datuk Yusup dan isteri memeriahka­n majlis.
SEBAHAGIAN keluarga yang hadir merakam gambar kenangan. PERSEMBAHA­N nyanyian daripada Orang Pangka Datuk Yusup dan isteri memeriahka­n majlis.
 ??  ?? DR Murnizam (berdiri, empat kiri) bersama kakitangan Pentadbira­n pada Majlis Hari Raya Aidilfitri UMSKAL.
DR Murnizam (berdiri, empat kiri) bersama kakitangan Pentadbira­n pada Majlis Hari Raya Aidilfitri UMSKAL.
 ??  ?? YUSOF (tengah) dan Maimunah bergambar kenangan bersama para penerima sumbangan JPNS.
YUSOF (tengah) dan Maimunah bergambar kenangan bersama para penerima sumbangan JPNS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia