Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak masih mencatat pertumbuha­n ekonomi positif

-

KUCHING:Dalam persekitar­an ekonomi dunia yang tidak menentu, Sarawak masih mencatat pertumbuha­n ekonomi yang positif.

Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata kadar pertumbuha­n ekonomi Sarawak meningkat daripada 2.3 peratus pada 2016 kepada 4.7 peratus pada tahun lepas.

Manakala Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) per kapita meningkat daripada RM44,000 pada 2016 kepada RM46,000 pada 2017.

Katanya, nilai eksport juga meningkat daripada RM77 bilion pada 2016 kepada RM96 bilion ringgit pada tahun lepas.

Kadar kemiskinan berjaya diturunkan daripada 0.9 peratus pada 2014 kepada 0.6 peratus pada 2016. Kadar penganggur­an pula dapat dikekalkan pada tahap yang rendah, kurang daripada 4 peratus.

“Perkembang­an ekonomi Sarawak disokong oleh asasasas ekonomi yang kukuh, tadbir urus yang baik dan pengurusan kewangan yang mantap oleh Kerajaan Sarawak.

“Ini terbukti dengan penarafan kredit Sarawak yang baik oleh agensiagen­si penarafan kredit antarabang­sa,” katanya ketika berucap merasmikan Persidanga­nDewanUnda­ngan Negeri di sini, pada Isnin.

Standardan­dPoor’sujarnya, memberi penarafan A minus dengan prospek stabil kepada Sarawak.

Manakala Moody’s Investors Service pula memberi penarafan A3 prospek stabil.

“Saya gembira kerana keyakinanp­arapelabur­kepada Sarawak terus meningkat dengan pencapaian ini,” katanya.

Tun Taib turut gembira apabila Kerajaan Sarawak mempunyai pelan pembanguna­n yang holistik.

Beliau yakin dengan Pelan Transforma­si Sosioekono­mi (SETP), Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE) dan Pelan Ekonomi Digital.

Pelan-pelan tersebut yang berpaksika­n rakyat katanya, diyakini akan mencapai kejayaan dalam membangunk­an ekonomi Sarawak, sekali gus meningkatk­an taraf sosioekono­mi rakyat.

Malahan ia akan menggalakk­an kemasukan pelaburan ke Sarawak yang disusuli dengan peluang pekerjaan dan perniagaan, terutama kepada golongan muda yang berbakat dan berkemahir­an tinggi.

“Saya memuji Pelan Ekonomi Digital Kerajaan Sarawak untuk menggalakk­an aplikasi teknologi digital dalam semua aspek pembanguna­n ekonomi.

“Aplikasi teknologi digital mampu meningkatk­an produktivi­ti sektor pertanian, perkilanga­ndanperkhi­dmatan di negeri ini,” katanya.

Ekonomi digital mampu membuka banyak peluang kepada generasi muda agar terlibat dalam bidang keusahawan­an jelasnya, sambil menambah anak-anak muda merupakan golongan yang kreatif dan inovatif.

“Saya berharap golongan belia kita yang berbakat mampu mencipta nama dalam bidang masing-masing di peringkat antarabang­sa,” katanya.

Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dan Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (S-DEC) pula akan memastikan inisiatif ekonomi digital berjaya.

Mengenai SCORE, beliau berkata banyak kilang di Taman Perindustr­ian Samalaju telah beroperasi, sambil menyeru agar usaha diteruskan bagi menggalakk­an aktiviti nilai tambah.

“Usaha juga perlu ditingkatk­an untuk membawa pelaburan ke kawasankaw­asan perindustr­ian lain di seluruh negeri. Ini penting untukmenja­nabanyakpe­luang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia