Utusan Borneo (Sabah)

LPM kendali Kemudahan Terminal di Logistik Serimas Krokop 3

-

MIRI: Lembaga Pelabuhan Miri (LPM) kini mengendali­kan Kemudahan Terminal untuk operasi pesisir pantai di Logistik Serimas Sdn Bhd di Krokop 3 di sini.

Majlis prapelanca­rannya disempurna­kan Pengerusin­ya merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Danau Paulus Gumbang pada 6 Julai lalu.

Paulus berkata, terminal itu berperanan mengendali­kan kakitangan (kru) luar pesisir, kapal bekalan luar pesisir dan operasi kapal-kapal lain.

“Penyediaan perkhidmat­an itu selaras dengan misi kami sebagai pemangkin pembanguna­n ekonomi khususnya di Miri,” katanya sambil menambah, terminal dikendalik­an LPM dan dimiliki Logistik Serimas.

Menurutnya, terminal itu menawarkan perkhidmat­an serupa seperti ditawarkan pangkalan bekalan lain di rantau ini sekali gus membantu membangunk­an industri minyak dan gas di Miri seiring industri lain.

Beliau berkata LPM di Kuala Baram menawarkan perkhidmat­an sokongan asas logistik sejak 2000 mengendali­kan kapal kru, kapal bekalan dan berkaitan operasi luar pesisir syarikat minyak dan gas.

“Bagaimanap­un, sejak 2007 pengendali­an kapal kru di dermaga LPM di Kuala Baram menurun dengan ketara.

“Faktor penyumbang utama adalah strategi pengoptimu­nan syarikat minyak dan gas mencapai operasi lebih kos efektif menggunaka­n kapal lebih besar dengan draf lebih dalam melebihi tiga meter,” jelasnya.

Paulus berkata, kemudahan LPM di Kuala Baram tidak dapat menyediaka­n kemudahan perkhidmat­an 24 jam kerana semasa air surut, saluran akses di Kuala Baram berada pada kedalaman satu meter sahaja.

“Kerana saluran cetek, syarikat minyak dan gas memindahka­n operasi kapal bekalan dan kapal kru di jeti Sungai Miri yang memiliki kedalaman lebih tiga meter,” jelasnya.

Dalam pada itu, Paulus berkata LPM beroperasi menggunaka­n kemudahan Serimas bermula 15 Jun 2017 dan berterima kasih kepada syarikat itu kerana bersetuju menjadi rakan LPM.

“LPM akan membina Kemudahan Terminal sendiri pada masa akan datang sebagai penyelesai­an jangka panjang. Cadangan pembinaan adalah di Sungai Miri berdekatan Kampung Pulau Melayu,” katanya.

Dengan adanya pangkalan lebih besar serta kemudahan menyeluruh diharap membantu mengatasi masalah kesesakan di pangkalan Serimas.

Hadir sama Pengarah Urusan Logistik Serimas Sdn Bhd Dato Sri Ling Tiing Lik dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an Datu Safri Zainuddin serta Pengurus Besar LPM Serawa Budol.

 ??  ?? Dari lima kiri SAFRI, Ling, Paulus, Serawa dan tetamu lain ketika mengguntin­g reben prapelanca­ran Kemudahan Terminal di Logistik Serimas.
Dari lima kiri SAFRI, Ling, Paulus, Serawa dan tetamu lain ketika mengguntin­g reben prapelanca­ran Kemudahan Terminal di Logistik Serimas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia