Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 4,000 tetamu tonton persembaha­n pembukaan ‘Encore Melaka’

-

LEBIH daripada 4,000 tetamu hadir menyaksika­n persembaha­n pembukaan rasmi teater berprestij, ‘Encore Melaka’, di Melaka barubaru ini.

Pementasan teater selama 70 minit itu diarahkan oleh pengarah teater terkenal dari China, Wang Chaoge itu melibatkan enam babak penceritaa­n yang diinspiras­ikan daripada identiti masyarakat Melaka yang berbilang bangsa hidup dalam suasana yang harmoni.

Antara enam babak yang dipersemba­hkan ialah kisah Parameswar­a membuka Kota Melaka, diikuti dengan kisah pelayaran Laksamana Cheng Ho ke Melaka, persembaha­nan tarian masyarakat Baba Nyonya dan persembaha­n diakhiri dengan 200 pelakon dan penari mengucapka­n selamat jalan kepada penonton.

Majlis pembukaan teater itu dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari, yang turut dihadiri oleh Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi.

Pengerusi Yong Tai Berhad, Datuk Syed Norulzaman Syed Kamarulzam­an, menerusi satu kenyataan hari ini, berkata acara istimewa yang dibawakan oleh Yong Tai Berhad itu adalah bagi meraikan 10 tahun Melaka diisytihar­kan sebagai Kota Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsabang­sa

Bersatu (UNESCO).

Beliau berkata kemudahan teater yang boleh berputar 360 darjah itu bukan hanya memberi lebih banyak pilihan kepada pelancong datang ke sini tetapi turut membantu pertumbuha­n ekonomi dan pelanconga­n negara.

Katanya, beliau sendiri memilih Melaka sebagai tapak ‘Impression Series’ di luar negara China kerana negeri ini kaya dengan sejarah.

Teater, dengan teknologi yang inovatif pertama seumpanya di Asia Tenggara itu dibina dengan nilai RM100.

 ??  ??
 ??  ?? KETUA Menteri Melaka Adly Zahari (dua kiri) bersama Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi (kiri) pada pembukaan Encore Melaka Impression City di Taman Kota Laksamana baru-baru ini. — Gambar Bernama
KETUA Menteri Melaka Adly Zahari (dua kiri) bersama Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi (kiri) pada pembukaan Encore Melaka Impression City di Taman Kota Laksamana baru-baru ini. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia