Utusan Borneo (Sabah)

Jaringan hatrik Hassan Mudin pencetus kemenangan Wirajaya

-

PAPAR: Jaringan hatrik Hassan Haji Mudin dari Kelab Wirajaya pada minit ke 22, 35, dan minit ke 75 menjadi pencetus kemenangan pasukan kelab ternama Papar itu ketika mengadakan bola sepak persahabat­an dengan pasukan GV JBFC dari Membakut di Padang Pekan Papar pada Ahad.

Lebih manis, tambahan dua lagi gol oleh Majid Uda hasil tendangan deras dari jarak 35 meter pada minit ke 80 danAbd. Wahid

Abd. Hamid di minit-minit akhir perlawanan memberikan kemenangan selesa 5-3 Wirajaya menumpaska­n pasukan GV JBFC yang diketuai oleh Slamat Mail berkenaan. Pujian harus diberi kepada benteng Wirajaya yang dikemudi oleh Salleh, Malai Amat, Raimie dan Mazlan apabila bertindak cemerlang untuk mengha lang serangan bertali arus dari pihak lawan yang diketuai oleh Slamat selain penjaga gol GV JBFC Harman yang bermain cemerlang sepanjang perlawanan. Slamat ketika ditemui berkata, beliau memuji semangat kedua-dua pasukan walaupun terdiri dari beberapa pemain veteran yang berumur 50 tahun ke atas namun masih mampu memperliha­tkan skil masing-masing dan disiplin yang tinggi hingga tamat perlawanan terutama pemain dari Wirajaya Sidek Moksin yang sudah berumur 62 tahun.

Selain itu katanya, aktiviti sebegini mampu memberi kesedaran khusus kepada warga veteran untuk menjaga kesihatan dengan bersukan melalui bolasepak, agar sentiasa ceria dan sihat sepanjang masa.

Di akhir perlawanan, Anchil dari kelab Wirajaya dinobatkan selaku Pemain Berdisipli­n dan Harman dari pasukan GV JBFC dianugerah­kan sebagai Penjaga Gol Terbaik sepanjang perlawanan.

 ??  ?? NAIB Presiden Safa Papar Ag.Damit @ Buchu (kanan) bersama Mazlan yang turut beraksi. BARISAN pasukan GV JBFC. PENJARING GOL, Hassan Hj.Mudin (kiri) bersama Abd.Wahid.
NAIB Presiden Safa Papar Ag.Damit @ Buchu (kanan) bersama Mazlan yang turut beraksi. BARISAN pasukan GV JBFC. PENJARING GOL, Hassan Hj.Mudin (kiri) bersama Abd.Wahid.
 ??  ?? SALLEH (dua kanan) menyampaik­an cenderahat­i berupa baju Wirajaya kepada Slamat (dua kanan).
SALLEH (dua kanan) menyampaik­an cenderahat­i berupa baju Wirajaya kepada Slamat (dua kanan).
 ??  ??
 ??  ?? ANCHIL (dua kanan) menerima anugerah Pemain Berdisipli­n dari Abd. Wahid (dua kiri) sambil diperhatik­an oleh Dali (kanan) dan Raimie.
ANCHIL (dua kanan) menerima anugerah Pemain Berdisipli­n dari Abd. Wahid (dua kiri) sambil diperhatik­an oleh Dali (kanan) dan Raimie.
 ??  ?? BARISAN pasukan Wirajaya. Kelihatan Malai Amat (duduk tengah).
BARISAN pasukan Wirajaya. Kelihatan Malai Amat (duduk tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia