TINGKAT TAHAP KESELAMATAN
K3M perlu dimiliki komuniti maritim di Esszone untuk bantuan kecemasan
LAHAD DATU: Aplikasi Kesedaran Keselamatan Komuniti Maritim (K3M) perlu dimuat turun secara percuma ke telefon mudah alih komuniti maritim khususnya penduduk sekitar di perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).
Panglima Wilayah Laut 2 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Muda Datuk N Ganesh berkata aplikasi yang telah dilancarkan tahun lalu itu merupakan usaha TLDM untuk bekerjasama rapat dengan komuniti maritim terutama golongan nelayan dan pelaut agar dapat membantu memendekkan tempoh responsif anggota keselamatan tiba di lokasi kecemasan.
“Ini antara aspek untuk meningkatkan tahap keselamatan di Esszone tetapi kami juga memerlukan bantuan komuniti maritim di sini untuk muat turun aplikasi ini dan daftar masuk sebelum menggunakannya,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Sambutan Aidilfitri di atas Kapal Auksiliari Tun Azizan sempena pertemuan TMP antara kapal TLDM KD Todak dengan kapal Tentera Laut Filipina (TLF) BRP Miguel Malvar, di sini pada Selasa.
Menurutnya, aplikasi yang menyasarkan pengguna kalangan agensi keselamatan, agensi kerajaan, perikanan, industri perkapalan, industri petroleum, pelancongan, rekreasi maritim itu amat mudah digunakan
alihnya.
dengan mendaftar untuk menggunakan kemudahan yang disediakan.
Katanya, dengan capaian internet yang semakin meluas akan memudahkan penggunanya menghantar isyarat insiden kecemasan terus ke pusat operasi TLDM dengan menekan butang merah SOS dan anggota yang bertugas akan bertindak.
“Menerusi itu, kami boleh tahu lokasi sebenar serta anggaran masa untuk tiba ke lokasi kejadian dan jika jauh, kami akan hantar (bantuan) helikopter, kalau dekat kami hantar bot tempur,” katanya. -Bersambung di muka A2