Kerja kayu di tepi sungai berakhir tragedi
BETONG: Kerja-kerja memotong dan mengalihkan kayu oleh tujuh lelaki di sungai berhampiran Rumah Mujan, Skrang dekat sini pada Rabu, bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas di sungai tersebut.
Dalam kejadian tersebut, seorang lelaki yang dikenali sebagai Faizal Ibrahim, 27, atau lebih dikenali dengan panggilan Badul di kalangan rakan-rakannya, hilang dibawa arus deras sungai.
Rakannya Shamsudin Matdeli, 52, berkata, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 11.30 pagi ketika mereka sedang melakukan kerja masing-masing.
“Secara tiba-tiba mangsa tenggelam dibawa arus sungai, saya dan rakan-rakan yang lain berusaha mencari mangsa namun menemui jalan buntu.
“Berikutan itu, saya bertindak membuat laporan polis berkaitan dengan kejadian tersebut,” katanya.
Sebaik laporan polis dibuat, pihakbombadariBalaiBomba dan Penyelamat Betong turut dimaklumkan berkaitan kejadian tersebut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Vincent Baling Yabi ketika dihubungi media mengesahkan menerima laporan berkaitan dengan kejadian tersebut.
“Kini operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) terhadap mangsa sedang giat dijalankan dan status oeprasi akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Namun hingga jam 5 petang tadi (Rabu) mangsa masih lagi belum dijumpai dan operasi SAR masih lagi dijalankan,” ujarnya.