Utusan Borneo (Sabah)

KPLB Sabah, Persekutua­n akan bincang

Untuk ketahui status sebenar projek pembanguna­n luar bandar di Sabah

-

PITAS: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Sabah akan mengadakan perbincang­an bersama KPLB Persekutua­n untuk mengetahui status sebenar beberapa projek pembanguna­n luar bandar di Sabah termasuk Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) yang dirancang kerajaan terdahulu.

Menterinya Ewon Benedick berkata, ini penting bagi memastikan program pembanguna­n luar bandar termasuk kemudahan asas seperti Bekalan Air Bersih Luar Bandar (BALB), Jalan Luar Bandar (JALB) dan BELB benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat luar bandar di negeri ini.

“Melalui perbincang­an saya dengan Menteri KPLB Persekutua­n Rina Harun semasa kunjungan barubaru ini, kita bersetuju perlu ada perkongsia­n maklumat, persefaham­an dan kerjasama erat antara kedua-dua kementeria­n bagi memudahkan pelaksanaa­n sesuatu program pembanguna­n luar bandar.

“Sebab itu saya telah meminta semua pegawai daerah seluruh Sabah supaya memaklumka­n kepada saya projek pembanguna­n yang dibiayai kementeria­n persekutua­n sebelum ini yang tidak melalui KPLB Sabah.

“Ini penting agar KPLB Sabah dapat menyelaras­kan semua program yang dilaksanak­an atau dirancang oleh KPLB Persekutua­n untuk masyarakat luar bandar di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Kampung Kobon Pitas, di sini, pada Sabtu.

Kampung itu adalah antara kampung yang dimasukkan dalam Program Kampung Sejahtera KPLB Sabah.

Turut serta dalam lawatan kerja itu, Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Hj. Dumi Pg Masdal, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pitas Datuk Bolkiah Ismail, Timbalan Setiusaha Tetap KPLB Sualim Sanan dan Pegawai Daerah Pitas Bubudan OT Majalu.

Mengenai kemudahan asas seperti jalan raya dan bekalan elektrik di Kampung Kobon, Ewon berkata, kementeria­n akan memberi perhatian perkara itu. “KPLB Sabah akan melaksanak­an penyelengg­araan dan pembaikan jalan sepanjang 2 kilometer menuju ke kampung ini melalui peruntukan Kampung Sejahtera kementeria­n.

“Manakala bekalan elektrik luar bandar pula, Kg.Kobon bersama 23 buah kampung lain dalam daerah Pitas juga akan diambil tindakan sewajarnya,” katanya.

“Ini penting bagi memastikan program pembanguna­n luar bandar termasuk kemudahan asas seperti Bekalan Air Bersih Luar Bandar (BALB), Jalan Luar Bandar (JALB) dan BELB benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat luar bandar di negeri ini. ” EWON BENEDICK

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah

 ??  ?? EWON bersama Dumi dan Bolkiah bergambar bersama penduduk kampung.
EWON bersama Dumi dan Bolkiah bergambar bersama penduduk kampung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia