Utusan Borneo (Sabah)

Kata azimat Dr Yusof buat warga SK Merintaman

-

SIPITANG: Dalam perjalanan hidup kita ini, janganlah dicemari dengan titik hitam. Jangan rosakkan dengan dadah, jenayah atau apaapa yang boleh merosakkan hidup ini.

“Hiduplah dengan bersih dari dadah dan sebarang jenayah. Hidup tenang dan berintegri­ti,” kata Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob.

Jalinan kata-kata itu dicoretkan Dr Yusof pada buku pelawat bilik Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) pastinya akan menjadi kata azimat dan kenangan yang bermakna buat warga Sekolah Kebangsaan (SK) Merintaman Sipitang baru-baru ini.

Beliau menulis kata-kata itu ketika melawat bilik PPDa SK Merintaman selepas menyempurn­akan upacara perasmian majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri sekolah itu.

Guru Besar SK Merintaman Yusof Amit berkata, bilik PPDa sekolah itu telah menerima Anugerah Khas peringkat kebangsaan daripada Pemadam pada tahun 2017 selain beberapa anugerah daripada Jabatan Pendidikan iaitu tempat ketiga kategori Luar Bandar (2010), johan Bilik Sumber PPDa peringkat negeri Sabah 2011 dan johan Bilik Sumber PPDa peringkat negeri Sabah (2018).

Yusof memberitah­u, antara fungsi bilik PPDa itu diwujudkan ialah bagi memperting­katkan kesedaran tentang bahaya dadah atau ancaman dadah, rokok, alkohol, inhalan, HIV/Aids dalam kalangan murid, guru dan ibubapa.

“Program ini juga adalah untuk, memantau dan membimbing, membantu mengawal dan menyelia murid yang terlibat dengan penggunaan dadah, rokok, alkohol, dan inhalan supaya meninggalk­an tabiat buruk mereka.

Selain itu, ia juga sebagai wadah mewujudkan perhubunga­n dua hala di antara guru dengan ibu bapa, polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Pemadam, pertubuhan dan agensi lain atau masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah di dalam usaha mencegah penggunaan dadah, rokok, alkohol, inhalan dan HIV/Aids,” katanya.

Hadir sama pada majlis anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) itu ialah Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Azri Ajak, Yang Dipertua (YDP) Majlis Guru-guru Besar Daerah Sipitang Manan Katak, Ketua Kampung Merintaman Amat Absori Karim dan Naib YDP PIBG SK Merintaman Hudira Hussin.

Terdahulu, Dr Yusof dalam ucapannya turut mengajak ibu bapa agar sentiasa memulakan harinya dengan kata-kata rangsangan yang positif kepada anak-anak sebelum pergi ke sekolah.

Beliau juga berharap agar ibubapa terus komited untuk mempastika­n peningkata­n tahap pendidikan anakanak sebagai persediaan mendapatka­n peluangpel­uang yang disediakan samada oleh kerajaan atau pihak swasta.

Majlis yang diserikan dengan persembaha­n muridmurid turut menyaksika­n Dr Yusof menyampaik­an duit raya kepada kanak-kanak.

 ??  ?? MERAKAM kenangan selepas melawat bilik PPDa pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri SK Merintaman Sipitang.
MERAKAM kenangan selepas melawat bilik PPDa pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri SK Merintaman Sipitang.
 ??  ?? DR Yusof menyampaik­an duit raya kepada murid-murid SK Merintaman.
DR Yusof menyampaik­an duit raya kepada murid-murid SK Merintaman.
 ??  ?? DR Yusof menulis kata-kata azimat semasa melawat bilik PPDa SK Merintaman Sipitang.
DR Yusof menulis kata-kata azimat semasa melawat bilik PPDa SK Merintaman Sipitang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia