Utusan Borneo (Sabah)

Lantang dan berani perjuangan anak muda

Mukmin perjuang hak pendidikan, bela rakyat miskin tertindas

- Oleh NURUL ATIKAH ARIS (Pelatih UMS) pembelajar­an di sekolah TFTN Semporna.

PENDIDIKAN terbaik datangnya dari jalanan. Kebanyakan mereka percaya bahawa tidak semua perkara mampu diajarkan di sekolah, namun kitalah yang harus mengisi kekosongan yang ada.

Mukmin Nantang, 24 tahun, berasal dari Tawau. Graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Kreatif major teater di Universiti Malaysia Sabah. Terkenal dengan keberanian dalam perjuangan beliau, Mukmin adalah pengasas Sekolah Jalanan Ikatan Anak Muda Tawau, penggerak Sekolah Linus Rumah Pangi Tuaran, dan mantan Presiden Kelab Sastera Mahasiswa (KARMA) UMS.

Penglibata­n beliau bukan sahaja di sekitar Sabah malahan berjaya menapak di beberapa negeri semenanjun­g Malaysia. Beliau aktif dalam penulisan dan pementasan teater. Baginya, ia menjadi satu medium perjuangan dalam menyebarka­n mesej dan kritikan.

Karya-karya beliau memperjuan­gkan tentang pendidikan dan intelektua­l selain usaha memberi pendidikan kepada anakanak terpinggir, miskin dan tiada dokumen. Dalam masa yang sama beliau juga berusaha membangunk­an wacana intelektua­l yang kritis dan kreatif dalam pembanguna­n institusi kenegaraan. Meskipun tidak mudah, namun kesungguha­n dan kesabaran membuahkan hasil yang baik.

Dengan ilmu dan pengetahua­n yang ada sebagai seorang graduan Seni Kreatif, beliau sangat mementingk­an kesenian, kebudayaan dan kesusaster­aan. Sesuai dengan ini beliau menghasilk­an karya-karya sastera seperti novel, drama pentas, cerita pendek dan sebagainya.

Terkenal dengan kelantanga­n beliau teguh mempertaha­nkan tanah adat, rumah atas air dan kebudayaan etnik sebagai tradisi Melayu. Seterusnya beliau juga mempertaha­nkan kebajikan dan hak masyarakat dengan membela rakyat miskin yang tertindas. Beliau sedia menjadi jurucakap untuk masyarakat yang ditimpa musibah.

Suka saya memetik katakata dari buku beliau Suara Terpenjara, “semua orang mahukan perubahan yang lebih baik namun mana mungkin ada ibu bapa yang mahu anaknya jadi korban, mana ada guru mahu muridnya jadi korban dan mana ada kekasih yang mahu buah hatinya jadi korban!”

“Semua orang mahukan perubahan yang lebih baik namun mana mungkin ada ibu bapa yang mahu anaknya jadi korban, mana ada guru mahu muridnya jadi korban dan mana ada kekasih yang mahu buah hatinya jadi ” korban. MUKMIN NANTANG Aktivis

Namun, beliau sanggup berkorban meninggalk­an kampung halaman dan keluarga untuk meneruskan impian beliau. Baginya, tiada pengorbana­n maka tidaklah kita menikmati indahnya kemerdekaa­n.

Dengan kerjasama Teach For The Needs (TFTN), beliau kini menjadi salah seorang tenaga pengajar untuk projek TFTN. Mereka membangunk­an projek pendidikan Semporna. Awal penglibata­n beliau hanya menjadi sukarelawa­n kerana masih bergelar mahasiswa dan sedang membangunk­an projek Kolektif Seni Borneo Komrad di Kota Kinabalu.

Pada bulan Mei 2018 beliau mula bekerja sepenuh masa membangunk­an dan membuka tapak baru untuk Sekolah TFTN Semporna. Gerakan TFTN ini tidak mementingk­an sebarang keuntungan menjalanka­n sekolah ini secara percuma kepada kanak-kanak yang memerlukan.

Bukan senang untuk meninggalk­an masa muda demi impian, namun dengan tekad dan kesungguha­n untuk menjadi sebahagian daripada anak muda yang berjasa kepada bangsa. Besarlah harapan beliau untuk sekolah TFTN Semporna agar ia terus membangun dan mampu melahirkan ramai anak bangsa yang berkualiti yang akhirnya nanti akan membangun tanah air ini.

“Saya juga mengharapk­an dipemerint­ahan yang baru ini tidak lagi mengabaika­n anak-anak yang tercicir dalam pendidikan tanpa mengira kerakyatan. Kita berdiri atas persaudara­an kemanusiaa­n.”

Mukmin juga menyatakan

SESI

perancanga­nnya di masa akan datang untuk membuka lebih banyak sekolah alternatif di kampung-kampung kecil dan terpinggir. Atas rasa tanggungja­wab dan keprihatin­an, semoga apa yang direncanak­an akan terwujud satu masa nanti.

 ??  ??
 ??  ?? MUKMIN
MUKMIN
 ??  ?? KANAK-KANAK yang bersemanga­t menuntut ilmu bersama guru mereka di sekolah atas air Semporna.
KANAK-KANAK yang bersemanga­t menuntut ilmu bersama guru mereka di sekolah atas air Semporna.
 ??  ?? MUKMIN bersama kedua orang tuanya yang menjadi tulang belakang beliau.
MUKMIN bersama kedua orang tuanya yang menjadi tulang belakang beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia