Utusan Borneo (Sabah)

Richard paling tepat sebagai Ketua Hakim Negara: Alan

-

MIRI: Pelantikan Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara paling tepat, apatah lagi berdasarka­n pengalaman­nya yang mempunyai kelayakan dan kewibawaan untuk menyandang jawatan tersebut.

Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Negeri Alan Ling (gambar) berkata, sudah tiba masanya untuk R i c h a r d, orang paling kanan dalam bidang itu di negara ini, dinaikkan pangkat dan mencurahka­n ilmu, pengetahua­n serta pengalaman beliau dalam bidang kehakiman sebelum bersara.

“Ini ditambah lagi dengan kewibawaan­nya dan prestasi cemerlang beliau sepanjang berkhidmat sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak sebelum ini,” jelas Alan semasa melahirkan rasa gembira dan bangga terhadap pelantikan Richard sebagai Ketua Hakim Negara, kepada Utusan Borneo, pada Khamis.

Beliau berkata, pelantikan R i c h ardi tu juga menunjukka­n Malaysia kini sudah mulai melangkah ke hadapan dan di laluan yang tepat dengan memilih hakim yang paling lama dan berpengala­man untuk menerajui tugas besar negara itu.

“Ini adalah kehidupan, pengajaran yang kita perolehi daripada perkembang­an yang berlaku baru-baru ini, sekali gus mengajar kita satu perkara paling bernilai iaitu ‘ketabahan walaupun dalam kesukaran’,” ujarnya.

Richard yang juga bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak diangkat sebagai Ketua Hakim Negara Malaysia berkuat kuasa Khamis, sekali gus menggantik­an Tun Md Raus Sharif yang akan meletak jawatan sebagai Ketua Hakim Negara mulai 31 Julai ini.

Menurut Alan lagi, tiada sesiapa menyangka seorang rakyat peribumi dari Sabah di Malaysia Timur akan memangku jawatan tertinggi jabatan kehakiman negara suatu hari kelak, namun inilah yang berlaku hari ini apabila aspek keupayaan dan prestasi dinilai dan diambil kira.

Beliau menegaskan bahawa negara harus berpegang kepada meritokras­i untuk mencapai kemajuan kukuh tanpa mengira kaum dan agama, sebaliknya berfikir secara terbuka sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil kira kepentinga­n negara dan aspek menguruska­n kebajikan serta perundanga­n negara.

Alan yang juga pengamal perundanga­n (peguam) di negeri ini, yakin Richard akan membuat beberapa pembaharua­n penting untuk kebaikan badan kehakiman dan berharap beliau akan terus terbuka kepada input dan idea bernas daripada pengamal undang-undang yang lain.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia