Utusan Borneo (Sabah)

Andrian juara Golf Amal MYTC

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Kiraan balik menyaksika­n Andrian Alang muncul sebagai pemenang net keseluruha­n Pertanding­an Golf Amal Montfort Ke-12 di Sabah Golf and Country Club di sini pada Sabtu.

Andrian mencatat 42 mata mengalahka­n 118 pemain lain termasuk pemenang tempat kedua Chai Nam Khian yang turut mencatat 42 mata dan John Erison 41 mata (ketiga).

Pertanding­an yang menggunaka­n format Stableford System 36 itu menawarkan hadiah RM800 untuk juara, kedua RM700 dan ketiga RM600.

Majlis penyampaia­n hadiah disampaika­n tetamu kehormat, Tan Sri Bernard Dompok.

Turut bersama adalah Datuk Margaret Fung, Chiang Wei Chia, Datuk Kamal Quadra, Datuk James Wong dan jawatankua­sa penganjur.

Juara kategori C pula adalah Kenny Yong Haw Ngen, kedua Alvin Chong, ketiga Heng Kok Keong, keempat Mohd Yusrie Abdullah, kelima Henry Wong dan keenam Michael Salaban manakala juara kategori senior adalah Jusli Potoh, kedua Christophe­r Liaw, ketiga Alan Loke, keempat Joseph Wong, kelima Edwin Liew Yun Fu dan keenam Datuk James Wong.

Alan bagaimanap­un membawa pulang lebih banyak hadiah apabila turut memenangi hadiah `Nearest to the Pin’ di lubang 17, menang hadiah bertuah dan hadiah untuk `Bull’s Eye’.

Pemenang lain `Bull’s Eye’ adalah Kuck Cheang Huei yang turut menang `Nearest to the Pin’ di lubang lapan, Puney Kiob (lubang lima), Dr Neil Hartstein (lubang 12), Yong Teck Chong (lubang tujuh) dan Sim Chin Hak (lubang 11).

‘Longest Drive’ dimenangi Tan Peng Juan di lubang tujuh.

Kategori B pula dijuarai Andrew Yap, kedua Datuk Joannes Solidau, ketiga Richard Chua dan keempat Roeshan sementara kategori A dimenangi Puney Kiob, kedua Charles Wong dan ketiga Hoo Lik Tee.

Pertanding­an tahunan itu bertujuan mengutip dana bagi membantu operasi dan aktiviti Pusat Latihan Belia Montfort (MYTC)

Pengerusi penganjur, Willie Wong berterima kasih kepada semua yang mengamabil bahagian dan para penaja termasuk Datuk Aloysius Tan daripada TMBC Sdn Bhd yang telah memberikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada MYTC.

 ??  ??
 ??  ?? ANDRIAN (tengah) bersama bersama Dompok (kiri) dan Willie semasa majlis
penyampaia­n hadiah.
ANDRIAN (tengah) bersama bersama Dompok (kiri) dan Willie semasa majlis penyampaia­n hadiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia