Utusan Borneo (Sabah)

Fanny dinobat ratu MGM Pesta Magahau Zon Kudat 2018

Pesta Magahau Zon Kudat 2018

-

“Selain acara MGM dan Monurizak, sambutan tahun ini juga menyaksika­n pengenalan acara baharu iaitu Pertanding­an Rekaan Sundatang bermotif rekaan Rungus dan pertanding­an Monundatan­g (bermain sundatang). ”

FENNY Joseph muncul johan Mitarab Gimpuhut Momogun (MGM) Pesta Magahau Zon Kota Kudat 2018 yang diadakan di dewan terbuka Kampung Labuan Sama, Kudat pada Sabtu.

Velleryn Vivienne Hikson dan Zifani Asung masing-masing muncul sebagai naib johan dan tempat ketiga. Mereka akan mewakili Zon Kota Kudat ke Pertanding­an MGM Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 31 Julai ini.

Fenny juga dinobatkan sebagai Miss Popular FB manakala Velleryn muncul sebagai Miss Popular Zon Kudat selepas mendapat undian terbanyak daripada pengunjung.

Untuk kategori Mitarab Mindolongo­i (Monurizak), Raymond Ajak muncul johan manakala, Golda Lucas dan Flonica Asangki masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Johan, naib johan dan tempat ketiga akan mewakili Zon Kudat ke Pertanding­an/Mitarab Mindolongo­i Peringkat Negeri.

Pegawai Khas kepada Adun Tanjong Kapor merangkap Pembantu Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Ben Chong, Chapli Astari merasmikan majlis berkenaan.

Turut hadir ialah Ketua Polis Daerah Kudat Supt Douglas Nyeging Taong, Timbalan Ketua Bahagian Parti Warisan Kota Marudu merangkap Ketua Penyelaras Warisan DUN Matunggong Barlus Mangabis, Timbalan Presiden Persatuan Momogun Rungus Sabah (Samora) Jose Modsinupu, Pengerusi Sambutan Pesta Magahau Zon Kudat Rozan Assam, Setiausaha MGM Induk Flemie Emie Binsew, Pengerusi MGM Kudat Zainiah Tapah, Timbalan Penyelaras Warisan Matunggong Jominit Kobuhi, Setiausaha Penyelaras Warisan Matunggong Jotiol Madjamam dan Ketua Penerangan Warisan Matunggong Tony Moniring.

Selain acara MGM dan Monurizak, sambutan tahun ini juga menyaksika­n pengenalan acara baharu iaitu Pertanding­an Rekaan Sundatang bermotif rekaan Rungus dan pertanding­an Monundatan­g (bermain sundatang).

Selain Zon Kudat, terdapat empat zon lagi yang akan mengadakan sambutan Pesta Magahau tahun ini. Zon berkenaan ialah Beluran (20 Julai), Zon Pitas (21 Julai), Zon Kota Kinabalu (21 Julai) dan Zon Lembah Klang (tarikh belum ditetapkan).

Sementara Zon Matunggong dan Kota Marudu telah mengadakan sambutan Pesta Magahau peringkat zon masingmasi­ng baru-baru ini.

 ??  ?? CHAPLI (duduk, tengah) bersama pemimpin masyarakat setempat.
CHAPLI (duduk, tengah) bersama pemimpin masyarakat setempat.
 ??  ?? FENNY (tengah) bersama Velleryn (kiri) dan Zifani (kanan).
FENNY (tengah) bersama Velleryn (kiri) dan Zifani (kanan).
 ??  ?? RAYMOND (tengah) bersama Golda (kanan) dan Flonica.
RAYMOND (tengah) bersama Golda (kanan) dan Flonica.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia