Utusan Borneo (Sabah)

Semporna bakal terima pelaburan bernilai bilion ringgit

Dalam sektor pelanconga­n Semporna

-

SEMPORNA: Semporna bakal menerima pelaburan bernilai berbilion ringgit khususnya dalam sektor pelanconga­n yang mana kemudahan prasarana asas bakal diwujudkan dan dinaik taraf.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong berkata, daerah itu tidaklah seluas seperti daerah lain di Sabah untuk membangunk­an sektor perkilanga­n.

“Di sini, kita akan tumpukan kepada pelanconga­n. Terdapat tujuh kumpulan jutawan atau ‘billionair­e’ telah datang ke Semporna untuk meninjau suasana.

“Bagaimanap­un, untuk melancarka­n pelaburan itu, mereka inginkan daerah ini berada dalam suasana persekitar­an yang bersih,” katanya ketika ditemui selepas hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Pusat Daerah Mengundi Bukit Lalang, di sini, malam Sabtu.

Beliau berkata, kemudahan asas di daerah ini masih perlu dipertingk­atkan untuk memanfaatk­an potensi destinasi pelanconga­n di sekitar lautan di sini.

Katanya, Semporna mempunyai lautan indah untuk ditawarkan kepada pelancong selain kawasan itu bebas daripada bencana alam.

“Oleh itu, masyarakat di sini perlu memberikan kerjasama kepada usaha membersihk­an daerah ini bagi menarik pelabur datang.

“Kerajaan juga akan melebarkan laluan jalan raya sehingga ke Tawau selain akan membesarka­n Lapangan Terbang Tawau,” katanya.

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan menjelaska­n kedatangan pelancong ke daerah ini kini adalah 2,000 orang sehari dan jumlah itu akan ditingkatk­an pada masa hadapan dengan memperbany­akkan penginapan.

Dalam pada itu, beliau berakta golongan muda daerah ini digalakkan untuk mengambil kemahiran latihan hospitalit­i dalam sektor pelanconga­n.

“Kini saya juga menggesa kakitangan hotel di Sabah untuk memakai pakaian kebudayaan negeri ini.

“Di sini, kita akan tumpukan kepada pelanconga­n. Terdapat tujuh kumpulan jutawan atau ‘billionair­e’ telah datang ke Semporna untuk meninjau suasana. Bagaimanap­un, untuk melancarka­n pelaburan itu, mereka inginkan daerah ini berada dalam suasana persekitar­an yang bersih. ”

DATUK JAUJAN SAMBAKONG Timbalan Ketua Menteri

“Kita harus menggambar­kan budaya kita sendiri dan bukannya pakaian yang menonjolka­n budaya asing,” katanya.

Hadir sama di majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura Calvin Chong.

 ??  ?? JAUJAN disambut mesra ketika tiba di majlis itu.
JAUJAN disambut mesra ketika tiba di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia