Utusan Borneo (Sabah)

PPK KB perlu bulatkan tekad jadi pengeluar produk pertanian

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

KOTA BELUD: Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kota Belud perlu membulatka­n tekad bagi menjadi sebuah agensi penting dalam bidang pengeluara­n produk pertanian, khususnya pengeluara­n padi bagi menampung keperluan beras negara.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Isnaraissa­h Munirah Majilis berkata, perkara itu perlu direalisas­ikan kerana daerah ini memiliki tanah yang luas serta amat sesuai dengan penanaman padi.

Menurutnya, hasrat kerajaan sebelum ini untuk menjadikan Kota Belud sebagai Jelapang Padi masih relevan, namun para petani harus bersungguh-sungguh dalam memperjuan­gkan karier mereka sebagai petani, lebih berani ke depan seiring dengan teknologi pertanian yang ada.

“Dengan menggiatka­n dan memperluas­kan aktiviti penanaman padi, ia secara langsung akan meningkatk­an ekonomipar­apetaniyan­gjuga ahli PPK, seterusnya mampu menarik perhatian golongan belia bagi menceburi bidang ini,” jelasnya yang juga Ahli Parlimen Kota Belud.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-49 PPK Kota Belud di Dewan Kompleks Botung. Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Ketua Bahagian Parti Warisan Sabah Kota Belud yang juga mantan Pengerusi AJP PPK Kota Belud, Hanjan Samit.

Turut hadir ialah Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) PPK Kota Belud Madsah Jeragan, Pengurus Besar PPK Kota Belud Azlee Shah Abdullah dan Pengurus Nafas Wilayah Sabah Melvin Lojikim.

Munirah berkata, masa berpolitik sudah berlalu dan rakyat khususnya ahli peladang perlu menumpukan perhatian kepada kerjaya merancakka­n bidang pertanian untuk membangunk­an negara di bawah kerajaan Pakatan Harapan.

“Apa pun ideologi politik, apa pun anutan agama dan apa pun bangsa kita, kita tetap memerlukan beras sebagai makanan utama negara. Justeru, jangan bazirkan masa dengan berbual tentang politik, apatah lagi jika ia akhirnya menjadikan kita berpecah,” katanya.

Sebelum itu, Madsah dalam ucapan aluannya memaklumka­n bahawa untung bersih PPK Kota Belud pada 2017 ialah RM362,192 berbanding rugi pada tahun sebelumnya.

“Untuk memacu kejayaan pada masa hadapan, PPK Kota Belud akan mengusahak­an ternakan burung walit, membeli bangunan kedai milik PPK Kota Belud sendiri dengan harapan supaya dapat memberi peluang kepada anak-anak ahli PPK bekerja dan berniaga di premis berkenaan,” katanya.

 ??  ?? PARA ahli PPK Kota Belud bergambar ramai dengan Hanjan (bertopi) dan Madsah (tengah) sebelum memulakan mesyuarat.
PARA ahli PPK Kota Belud bergambar ramai dengan Hanjan (bertopi) dan Madsah (tengah) sebelum memulakan mesyuarat.
 ??  ?? HANJAN (tengah) menyerahka­n bantuan pembiayaan pelajaran kepada salah seorang ahli PPK sambil diperhatik­an oleh Madsah (dua dari kiri).
HANJAN (tengah) menyerahka­n bantuan pembiayaan pelajaran kepada salah seorang ahli PPK sambil diperhatik­an oleh Madsah (dua dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia