Utusan Borneo (Sabah)

Pensyarah Malaysia sertai misi flotilla terakhir ke Gaza

-

SEPANG,: Wakil tunggal Malaysia dan aktivis Humanitari­an Care Malaysia (MyCARE) menyertai misi terakhir solidariti flotila ke Gaza membawa bekalan ubat-ubatan bagi membantu penduduk Palestin yang cedera selepas serangan tentera Israel.

Peserta tunggal misi yang bertema ‘Right to A Just Future for Palestine’, akan diwakili oleh pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh.

Menurut Pengerusi MyCARE Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, misi yang disertai 25 aktivis daripada pelbagai negara khususnya Eropah dan Jordan akan berlepas ke Palermo, Itali pada Ahad.

Beliau berkata pelayaran itu akan merentasi 13 pelabuhan utama dunia di 10 buah negara sebelum berakhir di Gaza, Palestin.

“Antara keperluan alatan dan ubat-ubatan yang dibawa ialah jarum, ‘syringes’, ‘iv lines’, ‘iv antibiotic’, ‘sutures’ (jahitan) dan ‘gauze’ (kain kasa),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Dr Hafidzi berkata ini adalah keperluan yang mendesak akibat kecederaan yang dialami oleh penduduk Gaza ketika demonstras­i aman ‘Great Return March’.

Beliau berkata siri terakhir flotila ini akan mengambil masa lapan hingga 10 hari sebelum tiba di perairan Gaza.

“Kita mendoakan agar kru selamat sampai tanpa sebarang masalah walaupun menjangkak­an ada rintangan dan melepasi cabaran serta dapat membekalka­n ubatubat,” katanya.

Beliau berkata misi yang telah memasuki dua bulan menggunaka­n kapal AlAwda yang dilengkapi kru, tukang masak dan dua orang pasukan medik akan belayar melalui terusan Inggeris itu juga akan disertai dua kapal kecil daripada Sweden.

Sementara itu, Mohd Afandi yang merupakan timbalan dekan fakulti undang-undang dan perhubunga­n antarabang­sa berharap cabaran mabuk laut dan dipintas tentera laut Israel tidak menghalang misi itu.

“Saya telah berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan perdana menteri beri sokongan kepada misi ini. Saya juga minta rakyat Malaysia mendoakan saya,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Afandi juga tidak menolak kemungkina­n beliau boleh ditangkap seperti aktivis lain sebelum ini apabila dipintas tentera Israel.

“Saya berharap misi 33 ini akan berjaya memandangk­an misi lain gagal. Keluarga saya memberikan katakata semangat dan amat memahami misi saya,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia