Utusan Borneo (Sabah)

Utamakan kebersihan bagi menarik pelancong

- - Oleh YAP SIONG HAN

SEMPORNA: Masyarakat dinasihatk­an untuk menjaga kebersihan bagi menarik lebih banyak pelabur serta pelancong datang ke daerah ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong berkata, selain mencantikk­an suasana persekitar­an daerah ini, kebersihan juga penting bagi mengelakka­n pelbagai jenis penyakit berjangkit seperti denggi dan kolera.

“Selain faktor keselamata­n, kebersihan­jugamenjad­ifaktor utama kedatangan pelancong ke daerah ini. Mereka datang untuk menikmati keindahan, tetapi sekiranya kebersihan diabaikan pelancong akan takut.

“Kita juga bersyukur pihak keselamata­n di sini khususnya Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) berjaya mengawal keadaan dengan baik. Buktinya, semakin hari semakin ramai pelancong yang datang,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Gotong-Royong Perdana, di sini pada Ahad.

Beliau berkata, masyarakat Sempornaki­nimulaseda­rakan tanggungja­wab kebersihan dengan mewujudkan program gotongroyo­ng membersihk­an persekitar­an.

Katanya, isu kebersihan bukan sahaja berlaku di sini tetapi turut terjadi di seluruh daerah negeri ini termasuk Kota Kinabalu.

Dalam pada itu, Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, pihaknya tidak menyalahka­n jabatan berkaitan berikutan ramai penduduk Sabah gagal mendapatka­n kad pengenalan.

“Salah satu faktor adalah ibu bapa tidak mendaftark­an perkahwina­n mereka. Tanpa surat nikah anak yang dilahirkan kemudian tidak boleh mendapatka­n surat lahir, seterusnya menjejaska­n permohonan kad pengenalan mereka.

“Sebab itu, kita mewujudkan Kementeria­n Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri khas bagi mengenal pasti mereka yang lahir di Sabah dan betulbetul layak mendapatka­n kad pengenalan,” katanya.

 ??  ?? JAUJAN (tengah) menyempurn­akan simbolik perasmian gotong-royong itu.
JAUJAN (tengah) menyempurn­akan simbolik perasmian gotong-royong itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia