Utusan Borneo (Sabah)

SK Tuarid Taud, SMK Medamit juara

Raih Anugerah Ketua Menteri Sabah

-

PENAMPANG: Sekolah Kebangsaan (SK) Tuarid Taud, Keningau dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Medamit, Limbang, Sarawak diumum sebagai juara Anugerah Ketua Menteri Sabah sempena Tugu Budaya Etnik Sabah ke-9, di sini pada Sabtu.

Dalam pertanding­an itu, SK Tuarid Taud membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 manakala SMK Medamit meraih RM13,000 tajaan Petronas berserta trofi dan sijil penghargaa­n yang disampaika­n oleh Timbalan Ketua Menteri Christina Liew yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

SK Tuarid Taud berjaya memenangi empat anugerah iaitu susunan muzik terbaik keseluruha­n, koreografi terbaik keseluruha­n, anugerah tarian kreatif tradisi terbaik dan anugerah tarian tradisi Sabah terbaik.

Sementara itu, SMK Medamit juga merangkul empat anugerah iaitu visual terbaik keseluruha­n, susunan muzik terbaik keseluruha­n, koreografi terbaik

SK Tuarid Taud menerima anugerah Ketua Menteri Sabah.

keseluruha­n dan anugerah tarian kreatif tradisi terbaik.

Tempat kedua pula disandang oleh SK Kiawayan, Tambunan dan SMK Sungai Damit, Tuaran dengan anugerah Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM8,000 dan RM10,000, trofi serta sijil penghargaa­n.

Sementara SK Sungai Damit, Tuaran dan SMK Tawau masing-masing menerima anugerah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM6,000 dan RM7,000, trofi serta sijil penghargaa­n.

Festival yang disambut meriah itu menyaksika­n 900 peserta pertanding­an dengan penglibata­n 29 sekolah dari seluruh Malaysia termasuk lima sekolah peringkat antarabang­sa iaitu Ranranga Dance Academy, Sri Langka, Zamin Uzbekistan, Sanggar Tari Bali Legong Indonesia, Raduga Dance Troupe Russia dan National Tarlac High School Filipina.

Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datu Rosmadi Dato Sulai, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi Datuk Bruno Vun dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Belia dan Sukan Datuk Awang Damit Ag Anak.

 ??  ??
 ??  ?? SMK Medamit menerima anugerah Ketua Menteri Sabah.
SMK Medamit menerima anugerah Ketua Menteri Sabah.
 ??  ?? SK Kiawayan menerima anugerah Menteri Pelanconga­n Kebudayaan dan Alam Sekitar.
SK Kiawayan menerima anugerah Menteri Pelanconga­n Kebudayaan dan Alam Sekitar.
 ??  ?? SALAH satu sekolah antarabang­sa, Raduga Dance Troupe, Russia.
SALAH satu sekolah antarabang­sa, Raduga Dance Troupe, Russia.
 ??  ?? SMK Sungai Damit menerima anugerah Menteri Pelanconga­n Kebudayaan dan Alam Sekitar.
SMK Sungai Damit menerima anugerah Menteri Pelanconga­n Kebudayaan dan Alam Sekitar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia