Utusan Borneo (Sabah)

Seri akan ditubuhkan di Kunak

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Sekolah Rendah Integrasi Islam (Seri) kini di peringkat penubuhann­ya di sini bagi memberialt­ernatifpen­didikan Islamik peringkat sekolah rendah.

Yang Dipertuan Parti Islam Se-Malaysia (Pas) Kawasan Silam Ramli Pataruddin berkata apabila Seri ditubuhkan, ia akan memberi kesinambun­gan pembelajar­an kepada pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) yang mempunyai lapan sekolah di Silam.

“Menyedari keperluan pendidikan dalam kalangan kanak-kanak lepasan Pasti, Seri akan ditubuhkan buat pertama kalinya bagi bahagian Silam iaitu di Kunak,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Ihtifal Alam Ria Pasti Kawasan Lahad Datu, di sini pada Ahad.

Menurutnya, di Sabah sebanyal 12 Seri telah ditubuhkan dan beroperasi seperti sekolah rendah kebangsaan yang memberi gabungan silibus sekolah harian biasa serta tambahan pendidikan Pasti.

Katanya, Seri diiktiraf Kementeria­n Pendidikan Malaysia yang ditubuhkan bagi memenuhi hasrat ibu bapa yang mahukan anak mereka mendapat pendidikan Pasti di sekolah rendah.

Pada perkembang­an yang sama, Ramli berkata dua lagi Pasti dirancang untuk ditubuhkan di daerah kecil Tungku iaitu di Tambisan dan Kampung Dengan.

Lebih kurang 700 pelajar mengikuti pendidikan awal di lapan Pasti seluruh Silam.

Majlis itu mempertand­ingkan bakat empat sekolah Pasti dalam acara bacaan khutbah, laungan azan, bercerita, hafalan hadis, pidato, hafazan surah, deklamasi sajak dan kalam jamaie.

Turut hadir ialah Pengerusi Pasti Daerah Lahad Datu Firdaus Ahmad.

 ??  ?? SEBAHAGIAN pelajar Pasti An-Naja bergambar kenangan bersama Ramli (tiga kanan).
SEBAHAGIAN pelajar Pasti An-Naja bergambar kenangan bersama Ramli (tiga kanan).
 ??  ?? RAMLI menyerahka­n sijil dan hadiah kemenangan kepada salah seorang pelajar.
RAMLI menyerahka­n sijil dan hadiah kemenangan kepada salah seorang pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia