Utusan Borneo (Sabah)

Pasaran hartanah bakal pulih tahun depan

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Pembeli hartanah kediaman dinasihatk­an supaya membuat pembelian secepat mungkin dan tidak menunggu masa yang sesuai.

Pengasas Realty Twins Saw Wai Kean meramalkan bahawa pasaran hartanah akan mula pulih pada tahun depan.

Beliau berkata, beberapa tahun lalu, terdapat penurunan dalam jumlah urusniaga kediaman di Malaysia, yang bererti kurang pembelian unit kediaman.

“Salah satu punca penurunan pembelian adalah kerana kelulusan pinjaman perumahan yang ketat oleh institusi kewangan.

“Berbeza dengan tahun ini, sumber daripada Bank Negara Malaysia (BNM) mengatakan bahawa kadar kelulusan pinjaman perumahan pada Mei adalah 42 peratus yang menunjukka­n petanda positif,” katanya ketika menyampaik­an ceramah mengenai Prospek Pasaran Hartanah 2018 di KK One Stop Property Centre, Sutera Avenue, di sini pada Sabtu.

Sementara itu, Saw berkata nilai urusniaga bagi unit kediaman di negara ini dilihat terus meningkat pada kadar kenaikan sebanyak 8.2 peratus dalam tempoh tujuh tahun (2010-2017), manakala bagi Bandaraya Kota Kinabalu dan Penampang masing-masing sebanyak 12 dan 11 peratus.

Bagaimanap­un, beliau menegaskan terdapatny­a peningkata­nketaraper­mintaan dan nilai urusniaga bagi unit kediaman pada suku pertama 2018 (Q1 2018) berbanding suku pertama 2017.

“Bagi Q1 2018, 4 peratus peningkata­n dalam permintaan manakala 1 peratus peningkata­n dalam nilai urusniaga sebanyak 16 peratus untuk Kota Kinabalu dan Penampang.

“Kenaikan permintaan pula adalah 51 peratus dan kenaikan nilai transaksi sebanyak 31 peratus, yakni 80 peratus bagi kedua-dua kawasan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meramalkan bahawa harga kediaman purata bagi setiap unit di Malaysia akan meningkat sehingga 6.5 peratus iaitu RM374,390 menjelang akhir tahun ini.

Bagi Kota Kinabalu dan Penampang pula, beliau meramalkan kenaikan sebanyak 3 dan 13 peratus daripada harga kediaman iaitu masing-masing pada harga RM579,860 dan RM393,530.

Saw juga menunjukka­n peningkata­n dalam jumlah tidak terjual hartanah di negara ini iaitu 11 peratus, iaitu bagi bandaraya adalah 51 peratus dan Penampang 9 peratus.

“Hartanah tidak terjual bermaksud unit yang dilancarka­n dan kekal tidak terjual selama lebih daripada sembilan bulan.

“Ini semua bergantung pada sasaran pemaju dan pembeli hartanah itu sama ada pemaju ingin melancarka­n sesuatu yang orang lain mampu atau sebaliknya,” katanya.

Ditanya mengenai harga kediaman di kawasan bandar, seperti di bandaraya, beliau menyifatka­n ia pada kadar harga yang tinggi.

“Bagi pemaju yang menyasarka­n pelabur asing dan menawarkan unit kediaman pada harga RM900 - RM1,000 bagi satu kaki persegi, harganya tidak mampu untuk orang tempatan.

“Apabila melihat ke dalam kumpulan pendapatan keseluruha­n penduduk Sabah, terutamany­a di bandaraya, jika unit kediaman dijual pada RM800 kaki persegi, ia agak sukar untuk dibeli,” katanya.

Justeru, beliau mencadangk­an harga kediaman di bandaraya ini pada harga RM700 bagi satu kaki persegi manakala untuk kawasan sub-bandar seperti Inanam pada harga RM500-RM550 bagi satu kaki persegi.

Saw juga percaya bahawa pemaju tidak perlu bimbang tentang nilai hartanah yang tidak terjual di bandaraya, kerana setiap tahun wujudnya peningkata­n penduduk.

Bagi perumahan di Penampang, beliau berkata pembinaan yang berterusan seperti Lebuhraya Pan Borneo dan harga hartanah mampu milik untuk penduduk tempatan memberikan kelebihan kepada pemaju untuk melariskan jualan kediaman mereka.

Tambahnya, kerajaan baharu juga mengeluark­an pandangan yang sangat positif menyebabka­n lebih ramai pembeli dan pelabur mula yakin dengan pasaran hartanah.

 ??  ?? PESERTA ceramah yang terdiri daripada pemaju, pembeli hartanah dan pengamal media. SAW menyampaik­an ceramah mengenai Prospek Pasaran Hartanah 2018.
PESERTA ceramah yang terdiri daripada pemaju, pembeli hartanah dan pengamal media. SAW menyampaik­an ceramah mengenai Prospek Pasaran Hartanah 2018.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia