Utusan Borneo (Sabah)

Speaker Dewan Rakyat kesembilan berpengala­man luas dalam undang-undang

-

KUALA LUMPUR: Bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, yang menjadi pilihan Pakatan Harapan sebagai Speaker Dewan Rakyat kesembilan adalah seorang yang mahir dalam undang-undang komersil, perbankan, sekuriti, arbitrasi, perlembaga­an dan undangunda­ng pentadbira­n.

Mohamad Ariff, 69, dari Sungai Petani, Kedah, berkelulus­an Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari University of London (London School of Economics), dan memulakan karier pada 1974 sebagai pensyarah undangunda­ng sebelum diiktiraf sebagai profesor madya di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya.

Bapa kepada lima cahaya mata ini meninggalk­an dunia akademik pada 1986 untuk berkecimpu­ng dalam pengamalan undangunda­ng sebagai peguam dan peguambela, yang beliau juga seorang daripada rakan pengasas Cheang & Ariff.

Dari 1993 hingga 1995, Mohamad Ariff bercuti daripada pengamalan undang-undang untuk menyertai Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia, yang baru ditubuhkan ketika itu, sebagai pengarah pertama Jabatan Penyeliaan Pasaran.

Semasa penglibata­nnya dalam dunia perdaganga­n, Mohamad Ariff juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Bursa Opsyen dan Pasaran Hadapan (1995-1996); anggota Jawatankua­sa Kajian Semula Penarafan (RRC), Malaysian Rating Agency (MARC) (sehingga 2008) dan anggota Lembaga Penasihat Akademi Latihan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (20072008).

Pengalaman kehakiman Mohamad Ariff bermula September 2008 apabila beliau dilantik sebagai Suruhanjay­a KehakimanM­ahkamahTin­ggi Malaya dan dalam tempoh setahun beliau dilantik sebagai hakim mahkamah tinggi pada Oktober 2009.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia