Utusan Borneo (Sabah)

‘Sacred Games’ siri asal bahasa India yang pertama Netflix

-

SIRI asal bahasa India yang pertama terbitan Netflix mengadakan tayangan perdana pada minggu lepas ketika gergasi striming Amerika Syarikat itu berebut dengan Amazon Prime untuk sebahagian daripada pasaran video atas permintaan yang pesat berkembang di negara tersebut.

‘‘Sacred Games’, yang diadaptasi­kan daripada novel Vikram Chandra pada 2006 dengan tajuk yang sama, dibintangi pelakon-pelakon hebat dari Bollywood, Nawazuddin Siddiqui,

Saif Ali Khan dan Radhika Apte.

Penganalis­is berkata siri dunia gelap penuh aksi yang lasak itu dijangka akan menjadi penanda aras baharu bagi program internet terbitkan orang India ketika penyedia cuba mengambil kesempatan daripada jumlah pengguna telefon pintar yang sema-kin ramai di negara itu.

“‘Sacred Games’ mungkin kandungan berprofil paling tinggi yang pernah dibuat. Siri lain tidak dibuat pada skala yang sama,” kata Girish Menon, yang menjejaki media dan hiburan untuk KPMG, kepada AFP.

Hasil pendapatan dari industri striming hiburan di India dijangka sebanyak AS$823 juta menjelang 2022, naik daripada AS$297 juta pada 2017, menurut satu laporan P r i c e wat e r h o u s e C o oper s yang dikeluarka­n pada bulan ini.

Netflix, yang disekat di China, melabur jutaan dolar di negara dengan jumlah penduduk kedua paling ramai di dunia itu untuk menarik pengguna muda yang mempunyai akses kepada data telefon bimbit murah dan selera bagi sesuatu yang berbeza.

“India menyaksika­n pelaburan terbesar dan terpantas dalam kandungan bagi mana-mana negara di mana kami telah mengadakan pelancaran,” kata Erik Barmack, naib preside filem antarabang­sa asal di Netflix.

‘Sacred Games’ juga merupakan satu taruhan bahawa kandungan India berkualiti tinggi akan terbukti popular di luar negara dan membentuk sebahagian daripada kempen Netflix di seluruh dunia untuk menghasilk­an program dalam banyak bahasa yang pelbagai, termasuk Sepanyol dan Jerman.

Siri lapan bahagian itu – yang difilemkan umumnya dalam bahasa Hindi – berkisar sekitar usaha pegawai polis Sartaj Singh, lakonan Khan, untuk menangkap ketua mafia Ganesh Gaitonde (Siddiqui).

‘Sacred Games’ merupakan pengeluara­n pertama bagi lapan siri India yang telah ditauliahk­an oleh Netflix.

Baru-baru ini, syarikat itu mengumumka­n ia akan mengadapta­sikan novel yang memenangi beberapa anugerah tulisan Salman Rushdie ‘Midnight’s Children’.

‘Selection Day’, berdasarka­n novel tulisan Aravind Adiga tentang kriket dan rasuah, juga dalam perancanga­n.

‘Sacred Games’ menyusuli filem bahasa Hindi ‘Love per Square Foot’ dan ‘Lust Stories’, koleksi empat filem pendek, yang kedua-duanya keluar menerusi Netflix pada tahun ini.

Amazon juga telah mengeluark­an beberapa kandungan asal India, termasuk drama jenayah ‘Breathe’ dan beberapa program komedi ‘stand-up’ yang berjaya.

Pakar berkata mener-bitkan program berkualiti tinggi dalam bahasa Hindi dan bahasa tempatan di India amat penting jika Netflix dan Amazon mahu mengejar pendahulu pasaran Hotstar. -AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia