Utusan Borneo (Sabah)

Surau Al Jannah Taman Sepanggar anjur majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri

-

SEPERTI biasa setiap tibanya bulan Syawal iaitu Hari Raya Aidilfitri tentunya akan disambut dengan suasana yang teramat meriah tetapi sederhana oleh penduduk Perumahan Taman Sepanggar, Kota Kinabalu.

Majlis yang dianjurkan oleh Jawatankua­sa Surau Al Jannah Taman Sepanggar itu mendapat sambutan yang baik oleh para penduduk setempat dan kawasan berhampira­n.

Mereka sepakat membawa juadah masing-masing untuk dihidangka­n kepada para tetamu yang berbilang bangsa dan keturunan.

Dalam ucapannya, Pengerusi Surau Al Jannah Hj Manap Hj Jainudin berkata, kehadiran orang ramai di majlis berkenaan menunjukka­n perpaduan yang jitu tanpa mengira kaum.

Beliau berharap perpaduan yang sedia terjalin diteruskan demi kesejahter­aan semua penduduk di sekitar perumahan mahu pun yang berdekatan.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada semua petugas majlis itu yang terdiri daripada ahli jawatankua­sa Surau Al Jannah Taman Sepanggar serta bantuan daripada sebahagian penduduk Perumahan Taman Sepanggar yang berjaya melaksanak­an persiapan majlis.

“Berkunjung ke majlis ini bukan sahaja untuk mengeratka­n hubungan silaturahi­m malah dapat bermaaf-mafan di antara satu saman lain. Jika mengharapk­an kunjungan dari rumah ke rumah, amat sukar dilaksanak­an disebabkan kekangan masa.

Dalam pada itu, Manap menyeru kepada hadirin agar agar dapat memaafkan segala kesalahan para ahli jawatankua­sa Surau Al Jannah.

 ??  ??
 ??  ?? TETAMU yang hadir menikmati juadah yang disediakan. AHLI Jawatankua­sa Surau Al Jannah Taman Sepanggar merakamkan gambar kenangan sempena majlis itu.
TETAMU yang hadir menikmati juadah yang disediakan. AHLI Jawatankua­sa Surau Al Jannah Taman Sepanggar merakamkan gambar kenangan sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia