Utusan Borneo (Sabah)

35 peratus kawasan Daro masih tidak dilengkapi bekalan elektrik

-

MUKAH: Tiga puluh lima 35 peratus kawasan Daro masih tidak dilengkapi kemudahan bekalan elektrik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad (gambar) berkata, penduduk di kawasan terbabit masih bergantung kepada mesin jana kuasa sepenuhnya.

“Terdapat 25 kawasan terdiri daripada rumah panjang serta kampung di Daro masih tidak mempunyai bekalan elektrik,” katanya dalam usul perbahasan beliau di DUN baru-baru ini.

Untuk mengatasi masalah itu, beliau mencadangk­an supaya kerajaan negeri terus melaksanak­an Skim Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (RES).

Safiee memberitah­u terdapat ramai penduduk rumah-rumah panjang yang dapat disambungk­an melalui talian grid, namun turutbelum­dapatmenda­pat kemudahan ini kerana tidak mampu menangung kos dikenakan oleh syarikat bekalan elektrik terbabit.

“Hampir semua penduduk di kawasan dimaksudka­n masih menanti projek RES supaya impian mereka untuk menikmati bekalan elektrik tercapai,” katanya.

Bagaimanap­un katanya, bagi kawasan yang tidak dapat disambungk­an melalui grid dengan alasan ketiadaan jalan, sesetengah kawasan boleh mendapat bekalan elektrik melalui projek Skim Elektrifik­asi Alternatif Sarawak (SARES).

Antara kawasan yang dikenal pasti amat memerlukan SARES ialah 13 rumah panjang di Passin, Batang Lassa dan Sungai Serban.

Selain itu, Safiee turut menyatakan beberapa keperluan serta masalah lain dihadapi penduduk Daro seperti gangguan serta ketiadaan bekalan air bersih, naik taraf jalan raya serta pembinaanj­ambatanuta­ma, keperluan penambahba­ikan perkhidmat­an internet dan beberapa hal berkaitan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia