Utusan Borneo (Sabah)

Pendidikan akan bantu pelajar luar bandar keluar daripada kemiskinan

-

LONG SELATONG, Ulu Tinjar: Mempunyai pendidikan peringkat lebih tinggi akan membantu para pelajar luar bandar terutamany­a di kawasan Telang Usan untuk keluar daripada kemiskinan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata, hanya melalui pendidikan terbaiksah­ajamembole­hkan anak-anak muda untuk mengubah nasib diri dan keluarga mereka.

Menurutnya, memang di waktukecil­anak-anakmuda sukar untuk memahami apakah tujuan ibu bapa bersusah payah menghantar anak ke sekolah, namun mereka akan menyedari kewajaran itu apabila sudah melangkah ke menara gading dan berjaya dalam pekerjaan kelak.

“Anda hanya perlu menghabisk­an kira-kira 22 tahun dalam hidup untuk memastikan kehidupan lebih baik pada masa depan kerana jika anda membesar tanpa mendapat pendidikan, hidup dijangka akanlebihs­ukardikemu­dian hari.

“Janganlah anakanak berasa bosan setiap kali mendengar orang dewasa memberi saranan untuk fokus dan belajar bersungguh-sungguh kerana kami yang dewasa ini tahu bagaimana sukarnya hidup tanpa pendidikan yang sempurna,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiann­ya pada Program Lonjakan Prestasi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di sini, baru-baru ini.

Program lima hari empat malam itu disertai 45 murid Tahun Enam dari Sekolah Kebangsaan (SK) Long Loyang, SK Long Aton dan SK Long Sobeng.

Turut hadir Guru Besar SK Long Sobeng Jamalus Seruji, Kaunselor Jaraw Braim dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Long Sobeng Gau Wan.

Dennis turut mengucapka­n terima kasih kepada guru-guru daripada tiga sekolah terlibat atas komitmen menjayakan program tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia